Tuesday, December 15, 2009

Keputusan PMR

PUTRAJAYA 18 Dis. - Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 akan diumumkan pada 27 Disember ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, semua calon boleh memperoleh keputusan mereka pada hari yang sama di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.

‘‘Bagi calon persendirian pula, keputusan mereka akan dihantar melalui pos oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Seramai 469,133 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dan daripada jumlah itu, 437,888 calon atau 93.3 peratus adalah dari sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran.

Kira-kira 17,771 calon atau 3.8 peratus merupakan calon sekolah kerajaan negeri, 13,095 (2.8 peratus) calon sekolah swasta dan 379 (0.1peratus) calon persendirian.

Sebanyak 3,376 pusat peperiksaan telah disediakan di seluruh negara.

No comments:

About Westlands

Salam Sejahtera dan may you be well and happy.





Kod sekolah

PEB1114

Gred B

Alamat 3 Jalan Khaw Sim Bee

10400 Pulau Pinang



*Barisan Pentadbir*

Pengetua

Encik Loh Kok Kit

Penolong Kanan Pentadbiran

En. Shapiee B. Hashim

Penolong Kanan HEM

Encik Yeoh Teik See

Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Thirumamani a/l Sundaraj



Kaunselor: Encik Goh Nai Sin



Bilangan Guru Lelaki 22

Bilangan Guru Perempuan 25



Penyelaras PSS

Cik Ng Li See



Penyelaras ICT

Pn. Lim Fern Fern



Bilangan Makmal Komputer: 1

Bilangan Komputer di dalam makmal: 21