Wednesday, September 21, 2011

NKRA

Bab 5
MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA

Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan.
Oleh itu, membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat negara.

Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Carta 5-1 menunjukkan tahap modal insan Malaysia pada masa kini berbanding dengan beberapa negara berpendapatan tinggi berasaskan ciri tersebut.
Carta 5-1
Keperluan Malaysia untuk merapatkan jurang perbezaan bagi mencapai ciri modal insan bertaraf dunia.

Tenaga buruh mahir: 2%, 2008
Produktiviti pekerja: US$ PPP3’000 setiap pekerja, 2009
Tenaga buruh dengan pendidikan tertiari: 1%, 2007
Negara Malaysia (2009)
Singapura
Republik Korea
Finland
Amerika
Syarikat
Australia
United Kingdom
Hong Kong
Purata OECD = 37.6
Purata OECD = 27.4
Purata OECD = 64.8

Pendidikan tertiari adalah tahap pendidikan selepas menamatkan pendidikan menengah, iaitu selepas 11-12 tahun persekolahan wajib. Kolej, universiti, institut kemahiran/teknologi dan politeknik merupakan institusi utama yang menyediakan pendidikan tertiari.
Pengurusan, profesional dan pekerjaan mahir lain

Pelarasan ke atas Pariti Kuasa Beli
SUMBER: Statistik Pendidikan Bank Dunia, Economic Intelligence Agency, Pertubuhan Buruh Antarabangsa, Korea International Labour Foundation,
Singapore Ministry of Manpower, US Bureau of Labour Statistics
23.4
28.0
26.6
60.8
52.9
66.5
92.9
71.7
67.2
78.6
51.0
29.3
43.8
36.3
42.9
42.5
36.0
35.9
35.0
34.8
34.1
32.7
31.9
25.6195
Rancangan Malaysia Kesepuluh

Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
Masih terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapai modal insan bertaraf dunia dan risiko untuk ketinggalan semakin bertambah. Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot berbanding dengan pelajar negara lain. Mengikut Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)

2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya
5% dalam Sains
7% dalam Matematik
pada tahun 2003.

Di samping itu, tenaga kerja secara relatifnya adalah tidak mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama 11 tahun, iaitu Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan hanya 28% daripada guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi.
Kekurangan modal insan mahir akan menjadi lebih meruncing dalam persaingan global yang sengit memandangkan modal insan berkualiti
TIMSS menyediakan perbandingan dalam pencapaian Matematik dan Sains di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa bagi pelajar yang mengikuti lapan tahun persekolahan. Pada tahun 2007, sebanyak 59 buah negara menyertai kajian ini dan akan tertarik ke negara yang menyediakan peluang paling baik. Negara Asia seperti Republik Korea dan Singapura telah berjaya menjadi negara maju dalam tempoh satu generasi. Kejayaan ini adalah hasil daripada penentuan yang jitu dan teliti terhadap sektor keutamaan yang perlu diberi fokus di samping memberi tumpuan kepada usaha membangun, meningkatkan kemahiran dan menghasilkan modal insan yang diperlukan bagi
memacu pertumbuhan sektor ekonomi tersebut.
Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang comprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat. Sehubungan ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Pendekatan holistik akan memenuhi
keperluan setiap rakyat Malaysia di sepanjang peringkat kehidupan.

Carta 5-2
Rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu bagi Malaysia
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Prasekolah Pendidikan Asas
Pendidikan Tertiari
Universiti / Kolej
Politeknik
Kolej Komuniti
Institusi Pendidikan
Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT)
Alam Pekerjaan
Pesara/ Kerjaya Kedua

Tema ▪ Mengarusperdanakan dan memperluas TEVT ▪ Meningkatkan kompetensi siswazah
▪ Mempercepat penyusunan semula pasaran pekerjaan
▪ Menarik dan mengekal bakat terbaik
▪ Meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada
Umur 0+ 4+ 5+/6+ 17+ 20+
Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan
Meningkatkan kemahiran untuk meningkatkan kebolehpasaran
Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk mengubah Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi

SUMBER: Unit Perancang Ekonomi
▪ Memastikan setiap kanak–kanak boleh berjaya
▪ Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar
▪ Membuat pelaburan ke atas pemimpin unggul di setiap sekolah
▪ Meningkatkan daya tarik profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh
(2011-2015), Kerajaan akan mengguna pakai rangka kerja pembangunan modal insan yang
bersepadu, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-2. Rangka kerja ini akan meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran rakyat di sepanjang kitar hayat, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari sehingga ke alam pekerjaan dengan melaksanakan strategi berikut:
• Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan;
• Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran; dan
• Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Rancangan Malaysia Kesepuluh

Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia

Pengalaman mengagumkan tentang pertumbuhan dan pemodenan Republik Korea melalui pembangunan modal insan Pada masa kini, Republik Korea merupakan sebuah negara maju dalam semua aspek. Ekonomi Republik Korea mencecah satu trillion dolar dan merupakan ekonomi yang ke-13 terbesar di dunia. KDNK per kapita menyaingi kebanyakan negara maju yang lain. Republik Korea juga maju dalam bidang teknologi dan kadar penembusan jalur lebar yang tertinggi di dunia, iaitu lebih 90%. Prestasi pelajar Republik Korea juga sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam kalangan negara yang mempunyai pencapaian tertinggi dalam penilaian pelajar di peringkat antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Trends in International Mathematics and Science Study Programme for International Student Assessment (PISA).
Pencapaian ini amat menarik. Namun apa yang lebih menakjubkan ialah kepantasan Republik Korea membangun daripada sebuah negara yang musnah akibat peperangan kepada negara kuasa besar ekonomi. Setengah abad lalu, Republik Korea yang mempunyai ramai tenaga kerja berkos murah telah menjadikan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai satu kerja berkos murah telah menjadikan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai satu cara meningkatkan produktiviti bagi melonjak pembangunan dan mencapai status negara maju. Republik Korea menyedari bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu diwujudkan sistem pendidikan yang dapat memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa sistem pendidikan yang dapat memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa mengenepikan pelajar yang berprestasi rendah.

Bagi mencapai matlamat ini, Republik Korea memberi tumpuan kepada pengukuhan pendidikan di semua peringkat, dari sekolah rendah sehingga universiti dan latihan kemahiran. Inisiatif yang diambil termasuk bukan sahaja menjadikan pendidikan sekolah peringkat menengah sebagai pendidikan wajib, tetapi mempercepat pengukuhan pendidikan teknikal dan latihan menerusi kerjasama erat dengan chaebol dan syarikat-syarikat besar di Republik Korea seperti menubuhkan universiti korporat sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat. Pelaburan yang besar telah dibuat dalam pendidikan tertiari. Pada masa kini, jumlah enrolmen di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dianggarkan seramai 3.6 juta pelajar. Di samping itu, Kerajaan
Republik Korea merekayasa keseluruhan sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan yang diperlukan oleh industri yang diberi keutamaan.

Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam sistem pendidikan dengan kadar literasi dalam kalangan orang dewasa sekitar 92% dan enrolmen pendidikan rendah yang universal serta merupakan antara negara yang menikmati kadar pertumbuhan enrolmen
sekolah menengah yang terpantas. Pendidikan bukan hanya merupakan hak asasi manusia,
malah amat penting kepada perkembangan ekonomi. Prestasi pendidikan yang rendah
memberi kesan negatif kepada masa depan negara memandangkan tahap pendidikan yang
tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Sekiranya tahap pendidikan negara tidak ditingkatkan ke peringkat piawaian antarabangsa, serta jurang pencapaian sekolah tidak dikurangkan, Malaysia akan ketinggalan dalam pendidikan dan kehilangan daya saing pada masa hadapan.
Prestasi pelajar akan terus ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Bagi memastikan pencapaian dan peningkatan pelajar diukur secara objektif dan konsisten dengan negara lain, Malaysia akan mengambil bahagian dalam Programme for International Student Assessment (PISA) di samping meneruskan penyertaan dalam TIMSS. TIMSS dan PISA adalah dua alat pengukuran perbandingan pencapaian pelajar yang diiktiraf tinggi di peringkat global. Dalam penilaian terkini, 59 negara telah menyertai TIMMS pada tahun 2007, dan 65 negara menyertai PISA pada tahun 2009. Dalam tempoh Rancangan, Kementerian Pelajaran (KPM) akan menjalankan penilaian dan kajian semula sistem pendidikan secara komprehensif dengan memberikan tumpuan khusus kepada peningkatan keberkesanan pelaksanaan program pendidikan.

Usaha untuk merombak sistem pendidikan akan berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara yang diperkenalkan pada tahun 1989 dan menjadi asas kepada semua usaha transformasi pendidikan. Matlamat Falsafah ini adalah untuk membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi memperkukuh hasrat Falsafah ini, penekanan yang lebih akan diberi kepada penglibatan dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum sebagai usaha ke arah memupuk pembangunan sahsiah pelajar. Sistem pendidikan negara akan terus menekankan penerapan nilai dan etika yang menjadi asas penting kepada pencapaian Wawasan 2020. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah akan dipergiatkan bagi memupuk kreativiti dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan mereka dengan kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan tinggi.

MEROMBAK SISTEM PENDIDIKAN UNTUK
MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR DENGAN
SIGNIFIKAN 199
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
Kotak 5-2
Mempertingkat kualiti pelajar adalah satu daripada enam
Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA)
Enam NKRA telah dipilih sebagai bidang keutamaan negara dan rakyat Malaysia.
NKRA ini merupakan kombinasi keutamaan jangka pendek dan isu-isu jangka panjang
yang memberi kesan kepada rakyat.
Bagi membayangkan kepentingannya, NKRA dimiliki secara bersama oleh Jemaah Menteri dan pelaksanaannya dipertanggungjawabkan kepada menteri kanan yang dilantik dan dipantau oleh kanan yang dilantik dan dipantau oleh Perdana Menteri.
NKRA pendidikan bertujuan meningkatkan prestasi pelajar dan berteraskan kepada
empat bidang: kadar enrolmen prasekolah, sekolah berprestasi tinggi, program
Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS)dan Bai’ah kepada Guru Besar dan
Pengetua.
Pendidikan adalah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). NKRA
pendidikan merupakan landasan dan titik permulaan dalam usaha menambah baik prestasi
pelajar dalam sistem pendidikan peringkat sekolah secara menyeluruh, serta membolehkan mereka mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.
Sistem pendidikan adalah penting untuk memperkukuh daya saing negara dan membangunkan 1Malaysia. Status sekolah kebangsaan akan terus diperkukuhkan bagi
menjadikannya sekolah pilihan kepada semua rakyat Malaysia melalui peningkatan piawaian dan merapatkan jurang prestasi antara sekolah kebangsaan.
Untuk mempercepat penambahbaikan prestasi pelajar secara berkesan, berterusan dan
menyeluruh, Kerajaan tidak akan hanya memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal tetapi akan lebih menumpukan kepada aspek yang memberi impak besar kepada prestasi pelajar seperti kualiti guru dan kepimpinan di sekolah. Selaras dengan pengalaman pelaksanaan sistem pendidikan terbaik dunia dan keperluan untuk menghasilkan peningkatan prestasi pelajar yang signifikan, empat strategi akan diguna pakai dalam tempoh Rancangan ini:
Memastikan Setiap Kanak-kanak Boleh Berjaya Dalam setiap sistem pendidikan yang unggul, kejayaan setiap pelajar sentiasa menjadi keutamaan. Matlamat ini boleh dicapai melalui dua pendekatan. Pertama, meletakkan sasaran pencapaian yang sama tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau tempat. Pendekatan kedua pula, menerima hakikat bahawa sebahagian pelajar memerlukan sokongan yang lebih untuk mencapai piawaian prestasi yang ditetapkan, terutama bagi mereka daripada kalangan isi rumah 40% terendah.
Sehubungan ini, Kerajaan akan terus memainkan peranan yang besar dan memberi komitmen yang sepenuhnya untuk menyerlahkan potensi diri setiap kanak-kanak di Malaysia.
Penyediaan Asas Pendidikan yang Kukuh kepada Lebih Ramai Kanak-kanak Pendidikan awal memainkan peranan penting dalam pembinaan minda kanak-kanak dan dapat membantu mengurangkan masalah pembelajaran semasa dan pencapaian pada masa hadapan.
Peringkat awal pembelajaran kanak-kanak merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu kepada perkembangan minda individu
• Memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya.
• Menetapkan harapan yang tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan menyediakan bantuan dan sokongan yang sistematik terutama kepada mereka yang ketinggalan dalam pembelajaran;
• Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar. Memberikan autonomi kepada beberapa aspek pengurusan sekolah sebagai ganjaran ke atas peningkatan signifikan pencapaian pelajar;
• Membuat pelaburan bagi membangun kepemimpinan unggul di setiap sekolah.
Membuat pelaburan yang besar bagi meningkatkan prestasi kepimpinan sekolah sebagai pemangkin utama perubahan menerusi kriteria pemilihan yang ketat, latihan dan Pengurusan prestasi yang mantap berdasarkan prestasi pelajar; dan
• Meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik.
• Menjadikan profesion keguruan lebih menarik supaya lebih ramai individu berkebolehan tinggi berminat menyertainya, meningkatkan kualiti latihan praktikum, dan Memantapkan pengurusan prestasi serta pembangunan profesional bertaraf dunia yang berterusan.

Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan BertAraf Dunia dan bersifat kumulatif. Sehubungan itu, Kerajaan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh kepada lebih ramai kanak-kanak supaya mereka boleh berjaya.Pada tahun 2011, program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA), iaitu program bagi melahir dan mendidik ‘permata’ masa hadapan negara, akan diletakkan di bawah tanggungjawab KPM dengan tujuan untuk menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal. Tumpuan PERMATA adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,500. Selepas kejayaan program perintis PERMATA yang dilancarkan pada tahun 2007, sebanyak 181 buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta dalam tempoh Rancangan.
Peningkatan Enrolmen dan Kualiti Prasekolah Kanak-kanak yang mengikuti program prasekolah lebih komited terhadap pendidikan dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi pada masa hadapan2. Pada masa ini, kadar enrolmen prasekolah dalam kalangan kanak-kanak berumur empat dan lima tahun hanyalah sekitar 67%. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan keupayaan negara meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah dijadikan fokus utama di bawah NKRA Pendidikan. Seperti yang ditunjukkan dalam Carta 5-3, program ini bertujuan meningkatkan kadar enrolmen kepada 87% pada tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Pada masa yang sama, kualiti pendidikan prasekolah akan terus dipertingkatkan.
Dalam tempoh 2010–2012, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk program ini.
Merendahkan Umur bagi Permulaan Persekolahan Dengan pelaksanaan program pembangunan
pendidikan awal kanak-kanak, lebih ramai kanak-kanak akan bersedia untuk memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah berbanding amalan sekarang. Dalam tempoh Rancangan, umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+.
Langkah ini adalah selaras dengan amalan di negara maju. Pelaksanaannya akan Dilakukan secara berperingkat dan akan dimulakan dengan sekolah di kawasan luar Bandar dan perladangan terutama di sekolah kurang murid, bagi membolehkan pelajar dari kawasan ini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal.
2
High Scope Perry Pre-School Study, the United States of America (2005)202
di peringkat awal sangat penting kerana tanpa kemahiran ini mereka akan menghadapi Kesukaran
mengikuti pembelajaran di peringkat selanjutnya.
Program Penyaringan Literasi dan Numerasi
(LINUS) adalah bertujuan untuk memastikan
semua pelajar menguasai asas kemahiran
literasi dan numerasi selepas tiga tahun pertama
pendidikan sekolah rendah. Bagi melaksanakan
program ini, peruntukan sebanyak RM400
juta disediakan dalam tempoh tiga tahun, iaitu
2010–2012. Seperti ditunjukkan dalam Carta
Memastikan Penguasaan Literasi
dan Numerasi
Peningkatan kadar literasi dan numerasi adalah
penting untuk mengurangkan kadar keciciran
pelajar berpunca daripada ketidakupayaan
mereka untuk mengikuti pembelajaran. Dengan
penguasaan kemahiran literasi dan numerasi
asas yang kukuh pada peringkat awal
persekolahan, kemungkinan berlaku keciciran
pelajar daripada sistem persekolahan dapat
dikurangkan. Penguasaan literasi dan numerasi
Carta 5-3
Sasaran jumlah penyertaan dalam
kumpulan umur 4+ dan 5+ tahun, %
Kadar enrolmen kanak-kanak prasekolah berumur 4+ dan 5+
disasar mencapai 87% pada tahun 2012
Jumlah kelas prasekolah yang telah
dimulakan 2010
315
488 500
1,353
929
18,000 kanak-kanak
telah mendapat
manfaat daripada
prasekolah baru
SUMBER: Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
Sasaran tahun 2010
Pencapaian terkini
70
87
80
72
67
Sehingga
Jan 2010
2011 2010 2009 2012 Swasta Jabatan
Perpaduan
Negara dan
Integrasi
Nasional
Jabatan
Kemajuan
Masyarakat
Jumlah Kementerian
Pelajaran
414 315 50 195
929203
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
5-4, Program LINUS memberi tumpuan kepada
intervensi awal dengan menempatkan fasilitator
dan guru pemulihan terlatih di sekolah. Sehingga
kini, seramai 15,500 fasilitator dan guru pemulihan
telahpun dilatih.
Memartabatkan Bahasa Melayu
dan Memantapkan Penguasaan
Bahasa Inggeris
Kerajaan akan melaksanakan program
Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memantapkan Penguasan Bahasa Inggeris
(MBMMBI) dalam tempoh Rancangan. Program ini
bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan
bahasa Inggeris untuk memperkukuh daya saing
negara. Program ini akan mengguna pakai
pendekatan modular yang bersepadu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan
akan memperluas pengajaran Kesusasteraan
Melayu di peringkat sekolah rendah.
Program MBMMBI akan juga memperkukuh
Carta 5-4
Program LINUS di seluruh negara bertujuan meningkatkan
kemahiran literasi dan numerasi murid sekolah rendah
1 Program ini memfokus kepada intervensi awal
(Tahun 1-3) untuk kemahiran literasi dan
numerasi. Program sebelumnya hanya menumpukan
kepada kemahiran literasi (KIA2M) atau kepada
kanak-kanak di Tahun 4-6 (PROTIM)
Meningkatkan nisbah guru pemulihan
daripada seorang guru bagi sebuah sekolah
kepada seorang guru bagi 15 murid
2
Pengurusan dan penyeliaan diturun kuasa
kepada Pejabat Pendidikan Daerah &
dipantau oleh Inpektorat Sekolah. Sebelum ini,
dipantau secara berpusat
3
Guru terbaik akan ditempatkan di Tahun 1
dan 2 iaitu, Program LINUS (bukannya pada
tahun peperiksaan iaitu, Tahun 6)
4
Sokongan profesional untuk guru LINUS
melalui fasilitator khusus (FasiLINUS)
5
100 95 90
2010 2011 2012
15,500 guru pemulihan
dan fasilitator program
LINUS dilatih pada
tahun 2010
Perbezaan program LINUS berbanding program
sebelum ini
Sasaran Pencapaian Program
Literasi dan Numerasi selepas 3
tahun di sekolah rendah
%
SUMBER: Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri204
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris
melalui kurikulum baru dengan memberi
penekanan kepada lima bidang utama kemahiran
iaitu membaca, mendengar dan berucap,
menulis, tatabahasa, dan seni bahasa. Masa
yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasa
Inggeris ditambah daripada 4 jam kepada 5.5 jam
seminggu untuk Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3), dan
daripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk Tahap 2
(Tahun 4 hingga 6) di peringkat sekolah rendah.
Sebanyak empat daripada 27 buah Institut
Pendidikan Guru (IPG) akan menumpukan
kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa
Inggeris kepada guru. Kerajaan akan menilai
dan memantau keberkesanan program secara
berterusan dan melaksanakan inisiatif untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan pelajar.
Akauntabiliti Sekolah
Terhadap Prestasi Pelajar
Sistem sekolah berprestasi tinggi menetapkan
harapan besar kepada sekolah dalam aspek
peningkatan prestasi pelajar, pemantauan
jurang prestasi dan penyediaan sokongan
yang sewajarnya apabila sasaran tidak
tercapai. Seterusnya, rombakan kepada sistem
pendidikan akan memberi tumpuan yang jelas
terhadap prestasi pelajar, dan sekolah akan
dipertanggungjawabkan ke atas pencapaiannya.
Meningkatkan Prestasi Semua
Sekolah melalui Program
Peningkatan Kualiti Sekolah Secara
Menyeluruh
Program Pembangunan Prestasi Sekolah yang
dilancarkan pada April 2010 merupakan usaha
yang menyeluruh dengan harapan dan cabaran
yang tinggi, serta meningkatkan motivasi dan
sokongan kepada semua sekolah awam untuk
mengukuhkan prestasi pelajar, khususnya sekolah
berprestasi rendah yang amat memerlukan
bantuan. Program ini mengandungi elemen-
elemen berikut:
• Penyenaraian Kedudukan Prestasi Sekolah:
Setiap tahun semua sekolah akan dinilai dan
disusun mengikut kedudukan pencapaian
prestasi. Penjelasan terperinci berkenaan
penarafan prestasi akan dimaklumkan kepada
sekolah untuk meningkatkan pemahaman dan
204205
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
ketelusan terhadap kaedah penilaian yang
dibuat. Langkah ini bertujuan mendorong
sekolah untuk mencapai prestasi yang lebih
baik dan membolehkan KPM menyalurkan
sumber kepada sekolah yang amat
memerlukan sokongan; dan
• Pelan dan Instrumen Penambahbaikan
Sekolah: Pelan dan Instrumen
Penambahbaikan Sekolah akan dilaksana
di semua sekolah awam sebagai alat
sokongan untuk membantu sekolah membuat
penambahbaikan. Instrumen ini akan memberi
gambaran menyeluruh kepada guru besar
dan pengetua tentang prestasi sekolah
masing-masing untuk menentukan isu yang
perlu ditangani mengikut keutamaan serta
menyediakan pelan tindakan selanjutnya.
Sekolah akan merangka pelan penambah-
baikan sebagai asas bagi memantau
kemajuan dan membantu KPM menyediakan
sokongan yang sesuai untuk menjayakan
pelan tersebut.
Infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan
elektrik, air, sanitasi dan alat bantuan mengajar
adalah asas kepada peningkatan prestasi pelajar.
Kerajaan komited bagi menyediakan kemudahan
dan infrastruktur asas ini kepada semua
sekolah. Sebagai sebahagian daripada Program
Pembangunan Prestasi Sekolah, Kerajaan
akan terus memberi fokus kepada penyediaan
kemudahan dan infrastruktur di sekolah yang
amat memerlukan sokongan, khususnya sekolah
di luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Peningkatan Prestasi Sekolah
melalui Program Sekolah
Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrif sebagai
sekolah yang mempunyai etos dan identiti
unik yang boleh mendorong pelajar mencapai
kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan.
Sekolah ini mempunyai budaya kerja yang
kukuh dan sentiasa berusaha ke arah mencapai
kemajuan berterusan di samping mempunyai
jaringan antarabangsa yang kukuh. SBT akan
berusaha meningkatkan piawaian sekolah setaraf
dengan sekolah terbaik di dunia dan menjadi model
kepada sekolah lain serta memberi sokongan
melalui rangkaian bimbingan dan latihan.
Sejumlah 100 SBT akan dibangunkan menjelang
2012 dengan peruntukan sebanyak RM140
juta. Sebanyak 20 SBT telah dikenal pasti
seperti ditunjukkan dalam Carta 5-5. Sekolah ini
diberi status SBT berdasarkan pencapaian dan
prestasi mereka yang tekal. Sekolah ini terdiri
daripada pelbagai kategori termasuk sekolah
rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan
sekolah berasrama penuh.206
Membuat Pelaburan ke atas
Pemimpin Unggul di Setiap
Sekolah
Sistem sekolah berprestasi tinggi memanfaatkan
guru besar dan pengetua sebagai penjana
perubahan melalui proses pemilihan ketat dan
latihan intensif untuk mereka, dan seterusnya
memastikan mereka memainkan peranan
sebagai pemimpin instruksional yang berkesan.
Peningkatan pencapaian guru besar dan
pengetua mempunyai kesan positif yang
signifikan ke atas pencapaian pelajar. Mereka
juga memainkan peranan yang penting dalam
merancang, menyelaras dan memantau
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Guru besar dan pengetua juga memastikan
suasana pembelajaran yang kondusif dengan
mengurangkan tekanan dan gangguan luaran,
serta mewujudkan persekitaran yang teratur di
dalam dan di luar bilik darjah.
Carta 5-5
Kolej Melayu Kuala Kangsar Perak 1
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya Selangor 2
Sekolah Sultan Alam Shah W.P Putrajaya 3
Kolej Tunku Kurshiah Negeri
Sembilan
4
SMK (P) St. George Pulau Pinang 5
Sekolah Tun Fatimah Johor
SM Sultan Abdul Halim Kedah 10
SMK (P) Sri Aman Selangor 11
SMK Sultanah Asma Kedah 12
SMS Tuanku Syed Putra Perlis 13
14 SMS Muzaffar Shah Melaka
Program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT): 20 SBT perintis telah
diumumkan pada Januari 2010
Bil. Sekolah Menengah Negeri
Bil. Sekolah Rendah Negeri
1 SK Seri Bintang Utara W.P. Kuala
Lumpur
2 SK Zainab 2 Kelantan
3 SK Bandar Uda 2 Johor
4 SK Bukit Damansara W.P Kuala
Lumpur
5 SK Convent Kota Perak
6 SK Taman Tun Dr. Ismail 1 W.P. Kuala
Lumpur
Sasaran bilangan SBT untuk 3 tahun
100
50
20
2012 2011 2010
SUMBER: Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
9
Kolej Islam Sultan Alam Shah 6
Sekolah Dato Abdul Razak
SMK Aminuddin Baki
7
8
Selangor
Negeri
Sembilan
W.P. Kuala
Lumpur207
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
Memperkenal Bai’ah atau
Tawaran Baru bagi Guru Besar dan
Pengetua Sekolah
Pendekatan baru dalam pengurusan pencapaian
(Tawaran Baru) untuk guru besar dan pengetua
yang dimulakan pada 2010 akan memberi
ganjaran kewangan dan bukan kewangan bagi
mereka yang berprestasi cemerlang. Tawaran Baru
ini adalah terpakai kepada semua guru besar dan
pengetua di semua sekolah awam di Malaysia.
Pencapaian semua sekolah akan dinilai dan ditaraf
mengikut prestasi tahunan berdasarkan kepada
markah komposit. Seperti ditunjukkan dalam
Carta 5-6, markah komposit ini terdiri daripada
Gred Purata Sekolah berasaskan prestasi
sekolah dalam peperiksaan awam dan Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia yang mengukur
kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan
organisasi, pengurusan program pendidikan dan
prestasi pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum.
Carta 5-6
Kedudukan sekolah rendah dalam julat prestasi
Bai’ah Untuk Guru Besar: Semua sekolah rendah di Malaysia telah
diberi penarafan berdasarkan prestasi sekolah
Bilangan sekolah rendah
Julat prestasi ditetapkan berdasar kepada markah komposit
46
163
509
115
5
45-55
6
35-45
7
<35
4
55-65
1,825
1
>85
2
75-85
1,493
3
65-75
3,465
Ringkasan pendekatan
penarafan sekolah
Gred Purata Sekolah
(GPS)
Kewajaran 70%
SKPM1 Penilaian
Sekolah
Kewajaran 30%
Markah Komposit
(Indeks)
1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah instrumen piawaian untuk menilai sekolah berasaskan 4 aspek utama (visi dan misi;
pengurusan organisasi; program pengurusan pendidikan; dan prestasi murid)
SUMBER: Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri208
Sebanyak 2% guru besar dan pengetua
dianggarkan layak menerima ganjaran di bawah
program ini pada tahun 2010, dan disasarkan
sebanyak 5% pada tahun 2012. Mereka akan
diberi ganjaran sekiranya mencapai markah
komposit yang telah ditetapkan atau menambah
baik pencapaian sekolah. Program ini memberi
peluang kepada guru besar dan pengetua untuk
menerima ganjaran tanpa mengambil kira prestasi
awal sekolah mereka, asalkan sekolah berkenaan
menunjukkan peningkatan yang signifikan
dalam senarai penarafan prestasi. Di samping
itu, dianggarkan 10% guru besar dan pengetua
berprestasi rendah akan diberi latihan kemahiran
pengurusan sebagai usaha untuk meningkat
prestasi mereka. Peruntukan sebanyak RM160
juta akan disediakan untuk program ini dalam
tempoh 2010-2012.
Peningkatan Sokongan dan
Bimbingan kepada Guru Besar dan
Pengetua
Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting
dalam memastikan peningkatan prestasi pelajar.
Kerajaan menyedari pemimpin adalah kritikal
dalam membuat perubahan, oleh itu akan
terus mengukuhkan latihan kepimpinan serta
memberikan dorongan kepada mereka untuk
meningkatkan prestasi. Institut Aminuddin Baki
(IAB) adalah institut latihan kepimpinan asas untuk
warga pendidik termasuk pengetua, pentadbir
dan pegawai pendidikan. IAB menyasarkan
untuk melatih sekurang-kurangnya 14,000 orang
pemimpin sekolah dan pegawai pendidikan setiap
tahun dalam tempoh Rancangan berbanding
dengan 8,000 orang pada tahun 2009.
Kaedah penyampaian latihan di IAB akan
berubah daripada berasaskan syarahan kepada
penekanan terhadap pembelajaran berdasarkan
pengalaman. Kursus pendidikan dan pengurusan
akan dijalankan di kampus dan secara atas talian
menggunakan platform e-learning, serta dilengkapi
repositori pengetahuan digital. Selain daripada
latihan, IAB akan menyediakan perkhidmatan
konsultasi dan bimbingan kepada pemimpin
sekolah untuk meningkatkan prestasi. Selaras
dengan Program Pembangunan Prestasi Sekolah,
pakar pembimbing pengetua akan menyediakan
bimbingan kepimpinan tambahan dan sokongan
kepada sekolah berprestasi rendah.
Meningkatkan Daya Tarikan
Keguruan dan Menghasilkan
Guru Terbaik
Kualiti guru merupakan penentu utama kepada
prestasi pelajar seperti ditunjukkan dalam Carta
5-7. Pengalaman daripada sistem sekolah
berprestasi tinggi global menunjukkan bahawa 209
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
prestasi pelajar akan hanya boleh ditingkatkan
dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah. Sistem sekolah
berprestasi tinggi berupaya menarik dan menerima
hanya calon terbaik sebagai guru, meningkatkan
prestasi mereka secara berterusan serta memupuk
budaya berprestasi tinggi di sekolah. Dalam
tempoh Rancangan, Kerajaan akan mengambil
pendekatan yang sistematik untuk meningkatkan
kualiti guru baru serta menambah baik kualiti dan
profesionalisme guru sedia ada.
Mempertingkatkan Kualiti Guru
Baru Secara Signifikan
Setiap tahun, KPM menerima lebih 175,000
permohonan untuk menyertai profesion keguruan
dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai
pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang
sesuai untuk menjadi guru. Daripada permohonan
kemasukan ke program latihan perguruan di IPG
pada tahun 2010, hanya 7% mendapat 7A dan ke
atas dalam SPM. Bagi Kursus Perguruan Lepasan
Carta 5-7
▪ Kualiti sistem pendidikan tidak
dapat mengatasi kualiti guru
▪ Berdasarkan sistem sekolah
terbaik di dunia, menambah
baik kaedah pengajaran
dalam bilik darjah adalah cara
terbaik meningkatkan
pencapaian pelajar
▪ Kualiti guru merupakan
penentu utama mengatasi
faktor-faktor lain termasuk saiz
kelas
Kualiti guru merupakan penentu utama prestasi pelajar
Kualiti guru lebih mempengaruhi prestasi pelajar
berbanding pemboleh ubah lain
1 Di antara 20% guru terbaik
2 Di antara 20% guru prestasi rendah
SUMBER: Kesan Kumulatif dan Sampingan ke atas Pencapaian Pelajar pada Masa Hadapan, Sanders & Rivers; Bagaimana Sistem Sekolah dengan
Pencapaian Terbaik Menduduki Tempat Teratas, McKinsey and Co
Prestasi pelajar
Umur 8
tahun
90 peratusan
37
peratusan
100 peratusan
0 peratusan
53 mata
peratusan
Pelajar dengan
guru terbaik1
Pelajar dengan guru
prestasi rendah2
Umur 11
tahun
50 peratusan
Dua pelajar
dengan prestasi
yang sama210
Kotak 5-3
Ijazah pula, hanya 3% pemohon mempunyai
purata gred terkumpul 3.5 dan ke atas daripada
4.0. Ini menunjukkan profesion keguruan bukanlah
pilihan calon cemerlang.
Profesion keguruan di Australia atau Singapura
sentiasa menjadi pilihan utama siswazah. Di
Program ‘Teach for Malaysia’:
Kempen untuk menarik pelajar cemerlang
‘Teach for All’ adalah enterpris sosial berangkaian global yang beroperasi di beberapa negara yang
merekrut siswazah cemerlang dari universiti terkemuka dan pemimpin muda daripada pelbagai disiplin
dan kecenderungan kerjaya untuk berbakti sebagai guru selama dua tahun di kawasan mundur.
Program ini akan dapat menyediakan lebih ramai guru kepada pelajar yang berlatarbelakangkan
sosioekonomi yang rendah mendapat peluang pendidikan yang sepatutnya. Kini, program ‘Teach for
America’ telah berkembang dan disertai oleh lebih daripada 20,000 peserta. Rangkaian ‘Teach for
All’ juga meliputi pelbagai negara seperti India, Australia, United Kingdom, Jerman dan Peru.
Malaysia bercadang untuk melancarkan program Malaysia bercadang untuk melancarkan program ‘Teach for Malaysia’ ‘Teach for Malaysia’ yang berprofil tinggi untuk yang berprofil tinggi untuk
menarik siswazah cemerlang dan terbaik mengajar di sekolah yang berprestasi rendah atau di luar
bandar selama dua tahun. Siswazah cemerlang di bawah tajaan korporat akan digalakkan untuk
menyertai program ini, sebelum berkhidmat dengan majikan mereka. Peserta akan ditempatkan di
sekolah berprestasi rendah memandangkan sekolah ini amat memerlukan motivasi, inspirasi dan
guru yang berkualiti tinggi.
Peserta akan menyertai program latihan intensif menggunakan kaedah pengajaran terkini. Mereka
juga akan diberi bimbingan dan sokongan secara berterusan daripada rakan sejawat. Di samping
itu, pendedahan kepada latihan pembangunan kepimpinan akan diberi melalui latihan pengurusan
dan peluasan jaringan dengan syarikat korporat terkemuka. Selepas dua tahun berbakti, peserta
akan memahami dengan mendalam isu utama pendidikan di Malaysia, dan diharap dapat membawa
perubahan sama ada dari dalam atau luar sistem pendidikan.
Republik Korea dan Finland pula, kelayakan untuk
memohon program latihan perguruan hanya
terhad kepada 10% dan 15% siswazah terbaik
daripada setiap kohort. Syarat kemasukan yang
ketat membantu meningkatkan imej profesion
keguruan sebagai profesion yang hanya menerima
calon terbaik. 211
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
Menjadikan Profesion Keguruan
Pilihan Utama
Menarik siswazah cemerlang menyertai profesion
keguruan adalah kritikal. Dalam tempoh
Rancangan, Kerajaan akan melancarkan kempen
profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang
keguruan sebagai profesion yang berprestij.
Kerajaan akan menjadikan profesion keguruan
sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan
empat perkara berikut:
• Ganjaran kewangan: Profesion ini
sebenarnya merupakan antara profesion
awam yang menyediakan gaji permulaan
yang tinggi;
• Pembangunan kerjaya: Melalui Tawaran
Baru untuk guru, prospek kerjaya guru akan
menjadi lebih menarik dengan peluang
pembangunan profesionalisme yang lebih
luas selain daripada peluang kenaikan
pangkat yang lebih cepat kepada guru yang
cemerlang;
• Berprestij: Sebagai kerjaya elit, profesion
keguruan akan menggunakan kriteria
pemilihan dan proses penilaian yang ketat.
Hanya calon cemerlang akan diterima dalam
profesion ini; dan
• Pembangunan nusa bangsa: Profesion
keguruan bertanggungjawab membentuk
generasi pemimpin masa depan dan penting
dalam membawa Malaysia menjadi negara
berpendapatan tinggi.
Pengukuhan Latihan Perguruan
Melalui Latihan Praktikum
Pengalaman praktikum merupakan elemen
penting dalam latihan perguruan kerana
dapat memberi pengalaman pengajaran dan
pembelajaran sebenar di bilik darjah. Dalam
sistem persekolahan terbaik seperti di Finland dan
New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum
guru pelatih, dari segi kualiti dan kuantiti,
sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, Kerajaan akan
mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti
dan ketekalan latihan praktikum kepada guru
pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan
praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru
berpengalaman yang mempunyai kemahiran
membimbing yang tinggi untuk menyelia guru
pelatih.

Dalam tempoh Rancangan, latihan praktikum
kepada guru pelatih akan ditingkatkan melalui
langkah berikut:
• Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan
dilanjutkan daripada satu tahun kepada 212
satu tahun setengah untuk meningkatkan
pengalaman praktikum guru pelatih;
• Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras
penempatan guru pelatih di sekolah yang layak
melaksanakan program ini dan memantau
pematuhan oleh guru pembimbing;
• Guru berpengalaman akan diberikan kursus
pembimbing untuk meningkatkan kebolehan
membimbing mereka; dan
• Program praktikum akan menjadi sebahagian
daripada penilaian prestasi sekolah dan guru
pembimbing.
Penghapusan Jaminan
Penempatan Guru Pelatih

Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan
sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi
mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan
dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya
guru pelatih yang memperoleh pencapaian
terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan
jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan
ini bertujuan memastikan penetapan keperluan
kualiti minimum bagi guru baru.
Peralihan kepada ‘Sistem Terbuka’
dalam Latihan Guru
Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan
kepada universiti swasta berbanding hanya
daripada IPG dan IPTA. Langkah ini akan
meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih
kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber
guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih
ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik
sebagai guru di sekolah rendah dan menengah.
Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di
kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti
sistem pendidikan secara keseluruhan.
Tawaran Baru untuk Semua
Guru bagi Meningkatkan Kualiti
Perkhidmatan
Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan
melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang
menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan
profesion keguruan lebih menarik serta
meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya
ini. Di samping itu, Kerajaan akan meningkatkan 213
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
guru berijazah di sekolah menengah daripada
89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0%
menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula,
kadar ini akan ditingkatkan daripada 28% dalam
tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015.
Tawaran Baru ini mengandungi tiga elemen:
• Peluang kenaikan pangkat yang cepat
berdasarkan kecekapan dan prestasi;
• Meningkatkan pembangunan profesional
berterusan (CPD) secara sistematik kepada
semua guru; dan
• Kaedah pengurusan prestasi baru yang lebih
mantap.
Kemajuan Kerjaya Lebih Cepat
Berasaskan Kompetensi
Kemajuan kerjaya yang perlahan merupakan
antara sebab utama siswazah di Malaysia tidak
memilih kerjaya perguruan. Sepanjang 30 tahun
perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati
hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja.
Mengikut dasar kenaikan pangkat berasaskan
tempoh perkhidmatan, pada kebiasaannya guru
mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan
daripada gred permulaan ke gred jawatan yang
seterusnya.
Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru
berprestasi tinggi adalah penentu untuk
menjadikan profesion keguruan lebih menarik
terutama kepada calon guru yang berpotensi
tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan lebih
ramai guru berpeluang mencapai gred yang lebih
tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini
boleh membimbing guru baru lebih awal.
Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan
gred yang lebih cepat berasaskan kompetensi
dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat
untuk kenaikan pangkat secara automatik
akan diberi kepada semua guru tanpa
mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan
memajukan permohonan. Sistem laluan
kerjaya baru dijangka bermula pada tahun
2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang
tahun 2015.
Pembangunan Profesional yang
Berterusan yang Bersesuaian
bagi Menyokong Pembangunan
Keupayaan dan Kemajuan Kerjaya
Latihan yang berfokus kepada bidang tugas baru
berdasarkan kenaikan pangkat dan memberi
penambahbaikan kepada kebolehan pengajaran
akan memberi faedah kepada guru. Pada masa
ini, tiada pendekatan yang sistematik berkaitan
CPD dalam sistem pendidikan. Pendekatan CPD 214
yang menyeluruh akan dilaksana pada tahun
2011 dan mengandungi elemen berikut:
• Modul CPD yang bersesuaian mengikut
keperluan dirangka untuk setiap gred jawatan
bagi melengkapkan guru dengan peranan
baru selepas kenaikan pangkat;
• Modul ini memberi lebih fokus kepada peluang
pembelajaran di sekolah; dan
• Pelbagai modul CPD seperti kursus latihan
formal, pengajian pasca siswazah, pengajian
jarak jauh dan aktiviti bimbingan akan
membolehkan guru membuat pilihan terbaik
untuk pembangunan kerjaya mereka tanpa
mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
Pelaksanaan Instrumen dan
Proses Baru untuk Penilaian dan
Penaksiran Guru
Kaedah penilaian semasa ke atas guru adalah
sama dengan penilaian penjawat awam yang
lain. Kaedah ini tidak mengambil kira prestasi
pelajar, keupayaan sebenar pengajaran atau
kecekapan utama yang diperlukan dalam
profesion keguruan. Skor penilaian untuk guru 215
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
akan menjadi lebih bermakna sekiranya ia
dapat mengukur prestasi sebenar guru, kurang
subjektif dan berasaskan bukti.
Satu pendekatan baru yang selari dengan amalan
di sekolah berprestasi tinggi akan dilaksana
pada tahun 2011 untuk memastikan penilaian
dibuat secara tekal, objektif dan dapat memupuk
budaya cemerlang di sekolah. Pendekatan ini
akan mengandungi instrumen baru bagi menilai
guru yang menggunakan kombinasi berwajaran
beberapa aspek utama seperti penekanan kepada
pengajaran dan pembelajaran, nilai profesional,
aktiviti di luar kelas dan sumbangan kepada
sekolah dan masyarakat.
Transformasi Keberkesanan
Penyampaian
Sistem penyampaian yang cekap dan berkesan
sangat diperlukan untuk meningkatkan prestasi
pelajar. Pendekatan yang lebih inovatif akan
diguna pakai untuk memastikan penyampaian
dilaksanakan dengan efektif.
Pengukuhan Penyampaian
Perkhidmatan untuk Menyokong
Kemajuan Sekolah
Penambahbaikan mekanisme penyampaian
kepada sekolah memerlukan perubahan dalam
proses kritikal yang memberi kesan secara
langsung terhadap sekolah seperti penempatan
guru, pengurusan prestasi sekolah dan juga
peranan Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri
dan Pejabat Pelajaran Daerah. Untuk memastikan
perkhidmatan disampaikan secara optimum,
KPM akan melaksana ‘Service Line’ iaitu
perkhidmatan khusus untuk membantu sekolah
yang amat memerlukan, antaranya bimbingan,
bina upaya dan kemudahan peralatan yang
sewajarnya. Di peringkat prasekolah, Kerajaan
akan terus mengharmoni dan menambahbaik
kualiti semua prasekolah awam yang disediakan
oleh pelbagai agensi Kerajaan. Pendekatan ini
memerlukan peningkatan produktiviti sumber
manusia dan kewangan, serta pengukuhan
kemampuan penyampaian.
Pelaksanaan Kurikulum Baru untuk
Memupuk Kreativiti dan Inovasi
Dalam tempoh Rancangan, kurikulum baru
untuk sekolah rendah dan menengah akan
diperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti
dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah.
Kurikulum baru berbentuk modular ini akan
memberi peluang kepada setiap pelajar melalui
proses pembelajaran mengikut kemampuan
sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab
215216
terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti
eksplorasi yang dapat menyerlahkan potensi
mereka. Kurikulum ini juga akan menekankan
kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi
semua mata pelajaran.
Penerapan nilai dan etika di peringkat awal amat
penting dalam pembinaan sahsiah individu.
Kurikulum yang bakal diperkenalkan akan
menerapkan prinsip 1Malaysia bagi pendekatan
pedagogi dalam penyampaian pendidikan.
Sebagai usaha untuk membentuk pelajar yang
seimbang dari segi akademik dan kesukanan,
kurikulum baru ini akan menjadikan Sukan
sebagai satu subjek mata pelajaran bermula
tahun 2011. Dasar ‘1Murid, 1Sukan’ mewajibkan
setiap pelajar mengikuti sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan. Setiap pelajar dikehendaki
mengikuti aktiviti sukan pilihan masing-masing
selama 90 minit seminggu bagi sekolah menengah
dan 60 minit bagi sekolah rendah. Peruntukan
untuk geran sukan bagi setiap pelajar akan
dinaikkan daripada RM2.40 kepada RM4 bagi
sekolah rendah dan daripada RM4 kepada RM6
bagi sekolah menengah.
Pendidikan Asas dan Prasekolah
Swasta
Pendidikan yang ditawarkan oleh sektor
swasta semakin diterima oleh Kerajaan dan
orang ramai. Sehubungan ini, pihak swasta
akan digalak untuk menyediakan pendidikan di
semua peringkat bermula daripada prasekolah
sehingga pendidikan tertiari. Kerajaan akan
melaksana pelbagai kaedah perkongsian awam-
swasta seperti dalam pengurusan sekolah dan
pembiayaan yuran pelajar.
Perkongsian Awam-Swasta dalam
Pembangunan Prasekolah
Kerajaan akan memanfaatkan penyediaan
pendidikan prasekolah oleh sektor swasta untuk
menampung kemudahan yang disediakan oleh
agensi Kerajaan. Insentif akan disediakan kepada
pengusaha swasta bagi mempercepatkan
penyediaan prasekolah untuk mencapai objektif
meningkatkan enrolmen pelajar di peringkat ini.
Insentif ini akan membolehkan pihak swasta
mendapatkan geran bagi pembinaan prasekolah
di kawasan yang kurang membangun di luar
bandar. Sektor swasta dijangka akan membina
488 buah prasekolah pada tahun 2010, sebanyak
1,000 buah pada tahun 2011 dan 1,145 buah
pada tahun 2012.
Skim pembiayaan bersama bagi meningkatkan
permintaan terhadap pendidikan prasekolah
akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan.
Usaha ini juga boleh membantu isi rumah
berpendapatan rendah mengurangkan bebanan 217
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
pembiayaan pendidikan prasekolah. Bantuan
sehingga RM150 sebulan diberikan kepada
mereka untuk pendidikan kanak-kanak berumur
4+ dan 5+ tahun di prasekolah swasta.
Perkongsian Awam-Swasta dalam
Pendidikan Asas
Perkongsian awam-swasta dalam pendidikan
asas memberi autonomi signifikan kepada
pengendali sekolah, sebagai tukaran kepada
penambahbaikan yang spesifik dalam prestasi
pelajar sebagaimana dipersetujui dalam kontrak
rasmi. Sebagai contoh, charter school di Amerika charter school di Amerika charter school
Syarikat, specialist school dan specialist school dan specialist school academy school
di United Kingdom dan independent school di independent school di independent school
Sweden. Model serupa juga telah diguna pakai
di sekolah persendirian Cina di Malaysia.
Kerajaan akan memperkenalkan rangka kerja
Sekolah Amanah kepada sekolah awam yang
terpilih. Sekolah Amanah adalah sekolah awam
yang ditadbir bersama oleh pihak swasta dan
pemimpin sekolah awam. 218
Kotak 5-4
Sekolah Amanah: Perkongsian awam-swasta dalam pendidikan
untuk merapat jurang prestasi
Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta
dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia Kementerian Pelajaran. Sekolah Amanah
akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan
bagi meningkatkan prestasi pelajar. Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan
kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik,
baik kepada lebih baik. Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar,
pinggir bandar dan luar bandar). Sekolah yang dipilih merangkumi sekolah berprestasi rendah,
sederhana dan cemerlang dengan harapan untuk meningkatkan prestasi di semua peringkat.
Sekolah Amanah bertujuan untuk mempercepatkan proses penambahbaikan dalam melahirkan
pelajar dan sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap permulaan. pelajar dan sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap permulaan.

Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum,
kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsif terhadap
keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan
kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi,
dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru. Sekolah Amanah dikehendaki mencapai
prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak Kementerian akan mengambil
alih pengurusan dari penaja sekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan.219
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
MENINGKATKAN KEMAHIRAN RAKYAT MALAYSIA
UNTUK MELUASKAN KEBOLEHPASARAN
Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia
telah membuat pelaburan yang besar dalam
pendidikan lepasan menengah dan tertiari.
Pada masa kini, Malaysia telah menubuhkan 20
universiti awam dan 26 universiti swasta serta
405 institusi latihan kemahiran awam dan 584
institusi latihan kemahiran swasta. Pada tahun
2009, institusi pendidikan tinggi dalam negara
telah mengeluarkan lebih daripada 181,000
siswazah. Daripada jumlah ini, lebih daripada
81,000 siswazah adalah lepasan institusi
pendidikan tinggi swasta. Institusi latihan
kemahiran pula mengeluarkan lebih daripada
120,000 pelatih pada tahun 2009. Seramai
30,000 pelatih adalah daripada institusi latihan
kemahiran swasta.
Pada masa kini, hanya 23% sahaja daripada
jumlah tenaga kerja di Malaysia mempunyai
pendidikan tertiari berbanding dengan kadar
purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama
Ekonomi dan Pembangunan (OECD), iaitu
hampir 28% dan mencecah 35% di Singapura
dan Finland. Pada tahun 2009, sebanyak 27%
daripada siswazah institusi pengajian tinggi
tempatan masih menganggur dalam tempoh
enam bulan selepas menamatkan pengajian.
Bagi yang berjaya mendapat pekerjaan pula,
29% daripada mereka pada tahun 2006 dan
33% pada tahun 2009 hanya memperoleh
pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Majikan dan persatuan industri sering mengaitkan
kekurangan soft skills seperti etika kerja
yang positif, kemahiran berkomunikasi, kerja
berpasukan dan kebolehan membuat keputusan
serta kepimpinan sebagai faktor utama yang
menjejaskan kebolehpasaran siswazah Malaysia.
Memandangkan terdapat jurang yang besar
antara tahap kompetensi siswazah Malaysia
dengan piawaian antarabangsa, isu ini perlu
ditangani bagi memastikan negara mempunyai
siswazah yang berkemahiran, serba boleh dan
kebolehpasaran yang tinggi.
Pada masa yang sama, dianggarkan seramai
100,000 atau 22% pelajar Malaysia memasuki
pasaran pekerjaan sebaik sahaja menamatkan
11 tahun persekolahan, iaitu dengan hanya
memiliki kelayakan SPM. Kumpulan pelajar ini
mungkin lebih cenderung kepada kemahiran
teknikal, oleh itu mempunyai peluang yang besar
untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam
bidang teknikal.
Malaysia perlu memesatkan pembangunan
modal insan bertaraf dunia bagi mencapai
status negara berpendapatan tinggi. Justeru,
peningkatan kemahiran secara radikal perlu
dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran
dengan memberi tumpuan kepada strategi
berikut:220 220
• Mengarusperdanakan dan memperluas
akses kepada pendidikan teknikal dan latihan
vokasional yang berkualiti; dan
• Meningkatkan kompetensi siswazah sebagai
persediaan untuk memasuki pasaran
pekerjaan.
Mengarusperdanakan dan
Memperluas Akses kepada
Pendidikan Teknikal dan
Latihan Vokasional yang
Berkualiti
Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam
rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan
tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan
teknikal dan latihan vokasional (TEVT) perlu
ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan
dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara
tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuan
menambah bekalan modal insan berkemahiran di
Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti
kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan
dan keupayaan dalam bidang teknikal dan
vokasional. TEVT menjurus kepada penyediaan
kemahiran yang boleh digunakan dengan segera
dalam pasaran pekerjaan.
TEVT menjadi pilihan pendidikan perdana di
kebanyakan negara maju. Model binari atau
dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna
pakai di kebanyakan negara berpendapatan
tinggi. Model ini membolehkan pelajar menukar
aliran antara akademik dengan teknikal atau
vokasional yang mempunyai prospek kerjaya
yang setara. Kadar purata enrolmen pelajar
yang memasuki aliran teknikal dan vokasional
di peringkat menengah atas bagi negara OECD
adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia.
Penambahbaikan peluang, akses dan kualiti
TEVT untuk laluan teknikal adalah sama penting
dengan penambahbaikan laluan akademik
pendidikan tertiari.
Pendekatan dwi-laluan pendidikan yang sedang
diusahakan akan memberi peluang kepada
pelajar untuk menukar aliran antara TEVT dengan
akademik seperti yang ditunjukkan dalam 221
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
Carta 5-8
Mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional: Dwi-laluan ke arah mendapat pekerjaan Peralihan Laluan
1
Institusi TEVT termasuk Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara
2
Institusi TEVT Peringkat Tinggi termasuk Institut Jerman-Malaysia, Institut Teknikal Jepun-Malaysia dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA
SUMBER: Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi
Sekolah Rendah dan Menengah Rendah
Tingkatan
Enam Matrikulasi
Institusi
TEVT1
Sekolah Menengah
Politeknik
Universiti
Sekolah Menengah Teknik
Aliran
Kemahiran
Aliran
Teknikal
Aliran
Vokasional
Kolej
Komuniti
Institusi
TEVT2
Peringkat
Tinggi
PEKERJAAN
Laluan
Teknikal
Laluan
Akademik
Carta 5-8. Carta ini juga menunjukkan pelbagai
komponen dalam TEVT serta pilihan laluan
daripada TEVT kepada akademik dan sebaliknya.
Pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah
mempunyai dua aliran utama, iaitu teknikal dan
vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih
banyak komponen akademik, manakala aliran
vokasional mempunyai lebih banyak komponen
hands-on.
Kemahiran TEVT memberi manfaat secara
langsung kepada majikan, pekerja serta sektor
industri yang berkaitan. Faedah yang diperoleh
bergantung kepada gabungan kemahiran
pekerja. Oleh itu, kos berkaitan TEVT perlu
dibiayai bersama antara Kerajaan, majikan,
industri dan pelajar berdasarkan kepada faedah
yang diperoleh.222
Dalam tempoh Rancangan, empat strategi berikut
akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan
dan memperluas akses kepada TEVT yang
berkualiti:
• Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan
menarik minat lebih ramai pelajar;
• Membangunkan tenaga pengajar TEVT yang
lebih efektif;
• Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti
kurikulum TEVT selaras dengan keperluan
industri; dan
• Memperkemas penyampaian TEVT.
Menambah Baik Persepsi Terhadap
TEVT dan Menarik Minat Lebih
Ramai Pelajar
Terdapat banyak peluang untuk penyedia TEVT
awam dan swasta menarik lepasan sekolah yang
tidak melanjutkan pengajian untuk mengikuti
latihan TEVT dan meningkatkan bilangan
pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan.
Bagi tujuan ini, penekanan akan diberi untuk
meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT kepada
pelajar, penyedia latihan dan industri.
Dalam tempoh Rancangan, kempen media
di peringkat nasional akan dilaksana secara
berterusan untuk meningkatkan kesedaran
dan menambah baik persepsi terhadap TEVT.
Kumpulan sasar utama adalah pelajar yang
berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen
akan memberi penekanan terhadap manfaat
memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan
TEVT, seperti gaji permulaan, jenis pekerjaan dan
laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) untuk lebih banyak jawatan dalam
sektor awam. Pelbagai saluran penyampaian
seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti
akan diguna untuk menyampaikan maklumat
tersebut kepada kumpulan sasar.
Kaunselor di sekolah akan diberi tanggungjawab
untuk membimbing dalam tempoh yang
panjang bagi membantu pelajar, bermula
daripada tingkatan 4 berterusan sehingga
pelajar berkenaan memasuki pendidikan tertiari.
Langkah ini adalah untuk memastikan lebih ramai
pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat tertiari.
Bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan,
kumpulan kaunseling yang terdiri daripada
kaunselor sekolah akan dibentuk di setiap daerah.
Kumpulan kaunseling ini akan bertanggungjawab
untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan
institusi TEVT dan majikan, serta meningkatkan
penyelarasan antara pihak berkepentingan melalui
pertukaran maklumat. Kumpulan ini juga akan
bertanggungjawab untuk menyediakan panduan 223
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
Kotak 5-5
Sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT)
di Jerman: Peningkatan kemahiran tenaga kerja di negara
ekonomi terbesar di Eropah
Sistem TEVT dianggap satu daripada kekuatan utama sistem pendidikan di Jerman yang mana
sebanyak 60-70% daripada pelajar (lebih daripada 1.6 juta) memasuki sekolah vokasional.
Latihan ini menyediakan banyak program latihan merangkumi hampir 340 pekerjaan dan sangat
popular dalam kalangan lepasan sekolah di Jerman. Sistem latihan ini sangat berjaya dengan
kadar pengangguran siswazah dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian adalah rendah,
iaitu 3%.
Pendidikan vokasional yang paling banyak dilaksanakan adalah sistem latihan perantisan.
Perantis dilatih oleh majikan dalam bidang pekerjaan yang akan diceburi (3-4 hari seminggu) dan
mendapat pendidikan teori di sekolah vokasional (1-2 hari seminggu). Di samping memperoleh
kelayakan yang diiktiraf (sijil dikeluarkan oleh dewan perniagaan) apabila tamat pengajian, perantis
juga mendapat gaji daripada majikan. Melalui sistem ini, pelajar terlibat dalam pekerjaan bergaji
dan menerima latihan yang diiktiraf selaras dengan keperluan pasaran pekerjaan. Peratus pekerja
tidak mahir dan pengganguran dalam kalangan belia di Jerman adalah rendah.
Sektor swasta (menyediakan lebih kurang 80% pembiayaan) dan sektor awam terlibat dalam Sektor swasta (menyediakan lebih kurang 80% pembiayaan) dan sektor awam terlibat dalam
pembiayaan dan penyampaian TEVT. Di samping penyediaan dan pembiayaan latihan, sektor
swasta terlibat dalam penambahbaikan kurikulum latihan, pindaan peraturan latihan, khidmat
nasihat dan penyeliaan latihan serta urusan pentadbiran peperiksaan. Pada masa yang sama,
kerajaan terlibat dalam menggubal peraturan latihan, menetapkan kurikulum dan membiayai
tenaga pengajar di sekolah vokasional. Kerajaan juga memainkan peranan yang sangat aktif
dalam penyelarasan penawaran dan bilangan tempat TEVT.224
kerjaya yang komprehensif kepada pelajar dan
ibu bapa mereka khususnya mengenai pelbagai
pilihan dalam TEVT.
Aliran vokasional dan kemahiran di sekolah
teknik akan dijenamakan semula bagi
menyediakan lebih banyak peluang kepada
pelajar berkecenderungan teknikal dan
meningkatkan kesedaran berkaitan TEVT. Bagi
memberi tumpuan yang lebih tinggi kepada
bidang vokasional yang lebih menitik beratkan
kepada latihan hands-on dan menyediakan
lebih banyak kursus yang sesuai, sebanyak
69 daripada 88 sekolah teknik akan ditukar
menjadi sekolah vokasional dan enam sekolah
vokasional baru akan dibina menjelang tahun
2015.
Pendekatan pembelajaran berasaskan
pengeluaran dan berasaskan projek akan
diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti
dan daya tarikan program TEVT kepada
majikan dan pelajar. Pendekatan ini akan
menggalakkan penyertaan industri secara
langsung dalam program latihan kemahiran,
di samping mengoptimumkan penggunaan
kemudahan dan peralatan di institusi TEVT.
Pendekatan ini akan menggandakan enrolmen
di sekolah menengah aliran vokasional dan
kemahiran pada akhir tempoh Rancangan
yang mana enrolmen semasa adalah seramai
32,000 pelajar. Peningkatan ini akan memberi
sumbangan yang ketara dalam menambah
bilangan pekerja mahir dan separa mahir.
Kerajaan akan menggalakkan syarikat berkaitan
Kerajaan menyediakan program sangkutan
industri dan pekerjaan kepada pelajar lepasan
institusi TEVT.
Membangunkan Tenaga Pengajar
TEVT yang Lebih Efektif
Laluan kemajuan kerjaya tenaga pengajar TEVT
akan diperkemas untuk menjadikannya sebagai
kerjaya pilihan yang menarik kepada tenaga
pengajar yang berprestasi tinggi. Tenaga
pengajar yang memenuhi syarat kompetensi
yang jelas di setiap gred boleh dinaikkan
pangkat tanpa bergantung kepada kekosongan
jawatan.
Personel industri yang berpengalaman tinggi dan
mempunyai kemahiran praktikal di tempat kerja
akan digalak menjadi tenaga pengajar di institusi
TEVT. Untuk memudahkan pengambilan ini,
laluan kemasukan ke profesion tenaga pengajar
vokasional yang fleksibel akan diwujudkan, dan
syarat yang menyukarkan kemasukan di peringkat
pertengahan akan dihapuskan. Langkah ini akan
meningkatkan kapasiti latihan dan membantu
untuk memastikan tenaga pengajar mempunyai
pengalaman di tempat kerja.225
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
Penambahan bilangan tenaga pengajar yang
cemerlang akan dilaksanakan melalui peluasan
program tenaga pengajar sambilan. Langkah
ini akan menarik mereka yang berminat untuk
menjadi tenaga pengajar di samping terus
kekal bekerja di industri. Tenaga pengajar yang
memiliki pengetahuan terkini tentang teknologi
dan perkembangan industri akan memberi latihan
yang paling relevan dan seterusnya meningkatkan
kebolehpasaran pelatih.
Kerjasama antara institusi TEVT dengan industri
dalam pertukaran personel akan diperkukuhkan
bagi membolehkan tenaga pengajar vokasional
menjalani program penempatan di industri
bagi mendapat pendedahan dan pengetahuan
teknologi terkini. Pada masa yang sama, tenaga
pengajar vokasional dari industri ditempatkan
di institusi TEVT bagi memperkukuh kemahiran
pedagogi mereka. Bagi memperkukuh
penyampaian latihan dan meningkatkan
pengambilan tenaga pengajar, kapasiti Pusat
Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan
akan dipertingkatkan dengan menggunakan
metodologi dan pendekatan latihan yang baru.
Sebuah pusat latihan tenaga pengajar yang baru
akan dibangunkan bagi menambah kapasiti
latihan sebanyak 800 setiap tahun. Selain
daripada itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran
akan menyelaras program latihan pengajar di
institusi latihan kemahiran awam yang lain.
Mempertingkat dan
Mengharmonikan Kualiti Kurikulum
TEVT Selaras dengan Keperluan
Industri
Pembangunan kurikulum TEVT dilaksana oleh setiap
agensi penyedia latihan dengan keupayaan, kapasiti
dan agenda tersendiri. Amalan ini menjejaskan
kualiti penyampaian TEVT. Langkah akan diambil
bagi menyeragam dan mengharmonikan kurikulum,
mengurangkan kos pembangunan kurikulum, dan
memastikan kurikulum selaras dengan keperluan
terkini industri. Jabatan Pembangunan Kemahiran
akan dilantik sebagai agensi untuk membangun
dan menyeragamkan kurikulum TEVT mulai tahun
2011.
Jabatan Pembangunan Kemahiran akan
memastikan kurikulum yang dibangunkan
memenuhi piawaian minimum dan selaras dengan
bidang ekonomi yang diberi keutamaan. Kurikulum
TEVT akan mengandungi komponen kemahiran
asas berkaitan dengan literasi dan numerasi
serta penguasaan pelbagai bahasa. Kemahiran
asas ini penting sebagai sokongan kepada
kemahiran praktikal serta pembinaan kemahiran
dan keupayaan individu untuk menyesuaikan diri
dengan perubahan suasana kerja. Di samping
itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan
membangun bank kurikulum untuk menyimpan
semua kurikulum yang dibangunkan. 226
Agensi penyedia TEVT mengeluarkan sijil
tersendiri dan sijil TEVT ini belum diiktiraf
sepenuhnya sebagai sijil yang melayakkan calon
memasuki institusi pengajian tinggi. Penerimaan
sijil TEVT dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan
majikan dapat diperluas dengan menghapuskan
keraguan terhadap kualiti latihan yang diberikan
oleh pelbagai agensi. Pada masa ini, SKM,
Diploma Teknologi dan Sarjana Muda Teknologi
tidak diiktiraf sepenuhnya oleh institusi pengajian
tinggi dan Lembaga Jurutera Malaysia.
Untuk penyeragaman dan pengiktirafan persijilan
TEVT, SKM akan diguna pakai sebagai persijilan
kebangsaan bagi TEVT. Langkah berikut akan
diambil bagi memperkukuh pengiktirafan sijil
TEVT:
• Mengiktiraf dan menyeragam pelbagai tahap
SKM dengan kesemua sijil yang dikeluarkan
oleh penyedia TEVT menjelang tahun 2012;
• Mewajibkan pekerja dalam pekerjaan terpilih
memiliki SKM atau sijil yang setaraf. Syarat ini
akan dilaksanakan secara berperingkat mulai
tahun 2012; dan
• Memperluas penerimaan SKM sebagai syarat
kelayakan masuk ke dalam skim perkhidmatan
awam, dan ke institusi teknikal dan vokasional
di peringkat tinggi dan ke institusi pengajian
tinggi menjelang tahun 2011.
Lembaga Teknologis Malaysia akan ditubuh
untuk mempercepat pengiktirafan sijil berkaitan
kemahiran dan teknologi. Pengiktirafan ini akan
menggalakkan institusi pengajian tinggi termasuk
institusi TEVT menawarkan kursus berkaitan
teknologi selaras dengan keperluan ekonomi
berpendapatan tinggi.
Selaras dengan hasrat untuk membangunkan
pendidikan teknikal dan keperluan industri,
Malaysia-Japan International Institute of
Technology akan ditubuh sebagai institusi
berautonomi di bawah Universiti Teknologi
Malaysia dengan matlamat memperkukuh
kerjasama dan rangkaian dengan Jepun dalam
bidang teknikal dan kejuruteraan. Institut ini
berupaya memberi pendedahan kepada pelajar
dan meningkatkan keberkesanan kos dalam
menyediakan latihan tentang pembangunan 227
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
teknologi terkini di tempat kerja, etika kerja dan
amalan pengurusan Jepun.
Pada masa ini, terdapat keperluan untuk
mengurangkan pertindihan kursus yang
ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan bagi
mengoptimumkan penggunaan kapasiti TEVT
dan mengelak pembaziran sumber. Dalam
tempoh Rancangan, perkara ini akan diberi
perhatian memandangkan kadar enrolmen di
institusi TEVT dijangka akan meningkat. Institusi
TEVT akan mengkaji semula, merasionalisasi dan
memperkemas penyelarasan kursus menjelang
akhir tahun 2011.
Memperkemas Penyampaian
TEVT
Kaedah pembiayaan semasa akan dikaji
semula untuk meningkatkan keberkesanan
dan kecekapan institusi TEVT awam. Bagi
menggalakkan persaingan dalam kalangan
institusi TEVT awam, penyediaan peruntukan
akan berdasarkan kepada prestasi institusi.
Kerajaan juga akan menyediakan bantuan
kewangan kepada pelajar di peringkat SKM
Tahap 3 dan ke atas di institusi TEVT awam
yang berprestasi tinggi. Bagi mencapai
matlamat ini, sistem penarafan untuk menilai
prestasi institusi awam dan swasta akan
diperkenalkan.
Pencapaian dalam sistem penarafan institusi
TEVT akan menjadi asas kepada Kerajaan
untuk membiayai pelatih di institusi TEVT
swasta. Pendekatan ini akan dipertingkat
dan diperluas dalam tempoh Rancangan bagi
mengoptimumkan penggunaan kapasiti latihan
di institusi TEVT awam dan swasta.
Pelajar tercicir adalah sumber tenaga kerja
yang besar dan berpotensi untuk diberi latihan
kemahiran. Jika diberi latihan dan dilengkapkan
dengan kemahiran yang tepat, mereka akan
meningkatkan dengan ketara bilangan pekerja
mahir. Pada tahun 2007, seramai 20,000
pelajar tercicir daripada sistem pendidikan
asas dan jumlah ini meningkat kepada 30,000
orang pada tahun 2008. Liputan Sistem Latihan
Dual Nasional (SLDN) akan diperluaskan bagi
menyediakan latihan yang khusus untuk
memenuhi keperluan golongan ini. Peruntukan
tambahan juga akan disediakan bagi membiayai
kos latihan dan elaun perantisan. Dalam
tempoh Rancangan, sebanyak RM150 juta
akan diperuntukkan dan seramai 20,000 pelajar
tercicir akan mendapat manfaat.
SLDN menekankan penglibatan langsung
industri dalam latihan dan menetapkan 70%
daripada latihan perlu dijalankan di tempat
kerja. Dalam tempoh Rancangan, latihan di
tempat kerja akan digalak dan dijadikan sebagai 228
sebahagian daripada pendidikan formal TEVT,
kerana latihan ini menyediakan:
• Persekitaran pembelajaran yang
kondusif. Tempat kerja mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang baik
melalui pengalaman sebenar. Kemahiran
praktikal dan soft skills yang diperoleh akan
meningkatkan kebolehpasaran;
• Aliran maklumat untuk meningkatkan
kecekapan pengambilan pekerja. Majikan
mengetahui perkembangan prestasi pelatih
dan perantis, justeru memudahkan mereka
membuat keputusan menggaji pekerja; dan
• Sumbangan produktif. Pelatih menjalankan
tugasan yang memberi manfaat kepada
majikan, ini menjadikan TEVT berfaedah
kepada pelatih dan majikan.
Melalui SLDN, pekerja industri yang
berpengalaman akan diberi peranan sebagai
pembimbing kepada perantis. Bagi mencapai
tujuan ini, pembimbing mesti cukup terlatih
untuk memberi latihan yang berkesan di tempat
kerja. Tenaga pengajar di institusi TEVT pula
perlu mempunyai kemahiran tinggi untuk
melatih pembimbing. Sebanyak RM7.5 juta
akan diperuntukkan kepada SLDN untuk melatih
pembimbing dan tenaga pengajar.
Meningkatkan Kompetensi
Siswazah bagi Menyediakan
Mereka Memasuki Pasaran
Pekerjaan
Ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi
memerlukan sebilangan besar pekerja yang
berpengetahuan seperti ahli sains, jurutera, ahli
profesional, agen paten dan usahawan berasaskan
teknologi. Institusi pengajian tinggi mempunyai
peranan yang penting dalam menghasilkan modal
insan berkemahiran tinggi dan berkeupayaan
untuk mencipta, menginovasi, menghasil
dan mempelopori pengetahuan baru serta
mengaplikasi dan membangunkan teknologi.
Usaha untuk menarik pelaburan langsung asing
dan memacu pertumbuhan sumber domestik
yang baru memerlukan bilangan siswazah yang
mencukupi dan kompeten. Walau bagaimanapun,
tahap kebolehpasaran, kekurangan dan
ketidakpadanan kemahiran siswazah masih
menjadi isu utama dalam pembangunan modal
insan. Banyak kajian mendapati siswazah Malaysia
kurang kompeten dalam kemahiran teknikal yang
diperlukan oleh industri, dan lemah dalam soft
skills termasuk etika kerja profesional, kemahiran
berkomunikasi, kerja berpasukan, membuat
keputusan dan kepimpinan. Oleh itu, usaha
bersepadu akan diambil untuk mempertingkat 229
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
kompetensi siswazah dan keberkesanan
pembiayaan kos pengajian tinggi, iaitu dengan:
• Memperkukuh kerjasama industri dan
penyelidikan;
• Memberi lebih autonomi kepada universiti dan
memperkukuh budaya berprestasi tinggi;
• Memperkukuh kurikulum kursus pengajian
bagi menyeimbangkan kandungan akademik
dan soft skills; dan
• Melantik dan mengekalkan staf akademik yang
terbaik.
Memperkukuh Kerjasama Industri
dan Penyelidikan
Latihan industri adalah penting untuk membantu
siswazah mempersiapkan diri bagi memenuhi
keperluan industri yang sentiasa berubah
dan aktiviti ekonomi baru. Penglibatan sektor
swasta dalam penyediaan pendidikan melalui
perkongsian awam-swasta akan dipertingkat
bagi menggalakkan penyertaan industri dalam
penyediaan kursus dan latihan industri. Di
samping itu, kursus berorientasikan pasaran
akan ditambah bagi memudahkan transisi
pelajar ke dalam pasaran pekerjaan dan
meningkatkan kebolehpasaran pelajar secara
keseluruhannya.
Rangka kerja dasar yang standard bagi
program latihan industri yang berstruktur
akan dilaksana oleh institusi pengajian tinggi
dengan kerjasama industri untuk meningkatkan
keberkesanan program. Program ini dirancang
untuk diperluas kepada kursus selain daripada
kursus yang mewajibkan latihan klinikal seperti
perubatan, pergigian dan kejururawatan. Di
samping itu, program latihan industri untuk
staf akademik akan dipergiat bagi memastikan
tidak kurang 15% daripada staf akademik
mengikuti sekurang-kurangnya enam bulan
latihan industri bagi setiap lima tahun tempoh
perkhidmatan.
Bagi memperluas pengalaman industri kepada
staf akademik, program Knowledge Transfer
Partnership (KTP) akan diperkenal pada
tahun 2011 untuk meningkatkan kerjasama
antara industri dengan universiti berkaitan.
KTP bertujuan memudahkan pemindahan
kepakaran dan hasil kajian melalui projek
inovatif yang dikendalikan bersama oleh
staf akademik dan rakan kongsi perniagaan
daripada industri. Di samping itu, KTP juga
menyediakan latihan berasaskan industri
kepada siswazah bagi meningkatkan
pengetahuan dan pengalaman, kemahiran
keusahawanan serta kebolehpasaran semasa
menjalankan projek berkenaan.230
Universiti akan digalak untuk mewujudkan
kerjasama strategik dengan institusi penyelidikan
antarabangsa dan universiti luar negara
untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan (R&D), terutama dalam bidang
teknologi baru. Antara langkah yang akan diambil
adalah:
• Melaksanakan lebih banyak program
sangkutan bagi membolehkan staf akademik
berkongsi pengetahuan, meneroka idea baru
bagi meningkatkan kualiti penyelidikan dan
menggalakkan pertukaran staf akademik;
• Mengukuhkan pengurusan harta intelek yang
dibangunkan di universiti bagi menambahbaik
tadbir urus aktiviti penyelidikan; dan
• Mengukuhkan pusat kecemerlangan
di universiti melalui kerjasama industri
dalam aktiviti R&D bagi menyokong dan
mempercepat pengkomersialan inovasi dan
teknologi baru.
Memberi Lebih Autonomi kepada
Universiti dan Memperkukuh
Budaya Berprestasi Tinggi
Di negara lain, universiti awam bekerjasama
dengan penggubal dasar bagi membangunkan
kaedah untuk membantu institusi pendidikan
tertiari mencapai kecemerlangan. Pemberian
autonomi, ketelusan dan akauntabiliti terhadap
prestasi cemerlang merupakan elemen kritikal bagi
membolehkan universiti di Malaysia setanding
dengan institusi terbaik dunia. Universiti awam
perlu bertanggungjawab terhadap prestasi yang
dicapai memandangkan sebahagian besar
keperluan kewangan dibiaya oleh peruntukan
awam. Di samping itu, ketelusan yang lebih tinggi
dalam pencapaian prestasi akan memudahkan
Kerajaan membuat penambahbaikan dan
memberi sokongan dalam bidang yang diperlukan.
Menginstitusikan Autonomi dalam
Universiti
Universiti terbaik dunia berupaya meningkatkan
inovasi dan prestasi serta menggalak
kecemerlangan melalui autonomi yang signifikan
dalam bidang berikut:
• Peruntukan. Keupayaan untuk mengagih
peruntukan mengikut keperluan, menentukan
keutamaan bidang pembiayaan, dan
menetapkan yuran pengajian dalam had yang
ditetapkan;
• Fakulti. Bebas untuk menarik dan
mengekalkan staf akademik terbaik melalui
insentif yang menarik dan ganjaran yang
kompetitif;231
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
• Tadbir urus. Tanggungjawab yang lebih
besar dan hak membuat keputusan
penting tentang universiti termasuk hala
tuju strategik, keutamaan dan pengagihan
sumber serta mendapat hak yang lebih
besar dalam membuat keputusan; dan
• Pengambilan pelajar. Meningkatkan
kawalan terhadap kualiti dan profil pelajar
yang akan diambil.
Di bawah Accelerated Programme for
Excellence (APEX), universiti APEX akan
diberi autonomi dalam bidang tadbir urus,
sumber manusia (lantikan anggota sokongan,
staf akademik dan pengurusan atasan),
kewangan dan pengambilan pelajar. Program
ini diperkenalkan pada tahun 2008, dan
Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih
sebagai universiti pertama diberi status APEX.
Pada masa ini, USM mempunyai autonomi
dalam pengambilan pelajar. Autonomi dalam
bidang lain hanya akan dipertimbangkan
setelah USM memenuhi beberapa prasyarat
yang ditetapkan. Pemberian autonomi akan
diperluas kepada universiti penyelidikan dan
universiti awam lain yang mencapai tahap
kesediaan yang ditetapkan.
Mengukuh Budaya Berprestasi
Tinggi di Universiti
Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi
Malaysia (SETARA) telah diperkenalkan kepada
universiti awam dan akan diperluas kepada
semua institusi tertiari swasta yang menawarkan
pengajian di peringkat ijazah. SETARA bertujuan
membuat penilaian yang jelas dan seragam bagi
meningkatkan ketelusan serta memberi tekanan
ke atas prestasi, dan seterusnya meningkatkan
kualiti keseluruhan sistem pendidikan tinggi.
Penarafan mengenai pencapaian prestasi
institusi dari aspek kebolehpasaran siswazah
akan dihebahkan kepada umum. Penarafan
ini akan diperluas untuk meliputi aspek seperti
kaedah pengajaran dan pembelajaran serta
khidmat sokongan kepada pelajar. Dalam
tempoh Rancangan, sistem penarafan ini
akan merangkumi setiap jabatan di institusi
berkenaan.
Naib canselor bertanggungjawab ke atas prestasi
universiti dan pembaharuan kontrak mereka
bergantung kepada prestasi yang dicapai.
Prestasi yang rendah boleh menyebabkan kontrak
tidak disambung. Petunjuk prestasi utama (KPI)
yang jelas bagi naib canselor telah disediakan,
termasuk KPI bagi kebolehpasaran siswazah.
Dengan ini, naib canselor akan memastikan
semua staf bertanggungjawab terhadap prestasi 232
mereka dan seterusnya meningkatkan budaya
akauntabiliti di institusi.
Dalam tempoh Rancangan, pembiayaan
berasaskan prestasi institusi tertiari awam akan
dilaksana bertujuan menyediakan mekanisme
pembiayaan yang telus untuk memangkin
peningkatan prestasi. Pendekatan baru ini akan
mengandungi komponen berikut:
• Pembiayaan Kerajaan berasaskan
prestasi yang dikaitkan dengan SETARA.
Pembiayaan kepada universiti akan dikaitkan
secara langsung dengan prestasi jabatan
dan institusi secara keseluruhan. Kaedah ini
menyediakan mekanisme yang telus dalam
penyediaan pembiayaan dan peningkatan
akauntabiliti dalam perbelanjaan peruntukan
awam. Mekanisme pembiayaan ini mempunyai
dua komponen, iaitu komponen tetap dan
komponen berubah. Komponen tetap
merangkumi item operasi asas seperti gaji staf
akademik dan kos utiliti, dan pembiayaannya
tidak bergantung kepada pencapaian prestasi.
Komponen berubah pula bergantung secara
langsung kepada prestasi yang diukur melalui
SETARA. Universiti yang menerima penarafan
yang rendah akan menerima peruntukan yang
lebih kecil. Komponen berubah ini termasuk
pembangunan intelektual dalam R&D dan
aktiviti ko-kurikulum pelajar;
• Peralihan kaedah pembiayaan daripada
berasaskan-penawaran kepada
berasaskan-permintaan. Kerajaan akan
mengharmonikan kapasiti pendidikan tertiari
dan mewujudkan keserataan persaingan bagi
institusi pengajian tinggi awam dan swasta
dalam mengukuhkan budaya berprestasi
tinggi serta meningkatkan kualiti dan
daya saing pendidikan tertiari di Malaysia.
Pendekatan sedia ada, iaitu pembiayaan
awam langsung dan pemberian geran
kepada institusi awam akan beralih kepada
pembiayaan berasaskan-permintaan melalui
pinjaman dan biasiswa selaras dengan
pendekatan yang lebih berasaskan-pasaran;
dan
• Pengurangan kadar pembiayaan Kerajaan
kepada universiti. Universiti awam perlu
menambah dana melalui sumber kewangan
alternatif termasuk sumbangan daripada
perbadanan, sektor swasta atau alumni.
Pendekatan ini akan memperkukuh kerjasama
antara universiti dan industri, dan seterusnya
meningkatkan kesesuaian serta kualiti
pengajaran dan penyelidikan.233
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
Memperkukuh Kurikulum Kursus
Pengajian bagi Menyeimbangkan
Kandungan Akademik dan Soft
Skills
Kualiti dan kesesuaian kursus dan kurikulum
adalah faktor penting yang mempengaruhi
kebolehpasaran siswazah. Dalam tempoh
Rancangan, institusi pengajian tinggi akan
menyemak semula kurikulum dan kursus
serta menyelaras pencapaian program dan
pembelajaran selaras dengan keperluan industri
dan majikan. Sebanyak 2,730 program sedia
ada akan disemak semula bagi memastikan
pematuhan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia
(MQF). Semakan semula ini adalah berdasarkan
kepada prinsip berikut:
• Kandungan kursus yang ditawarkan akan
ditanda aras dengan kriteria dan piawaian yang
dipersetujui di peringkat nasional dan selaras
dengan amalan terbaik antarabangsa; dan
• Penerapan domain yang ditetapkan dalam
MQF yang merangkumi soft skills seperti etika
kerja positif, kemahiran berkomunikasi dan
membuat keputusan, kerja berpasukan dan
kepimpinan.
Selaras dengan pertambahan permintaan
bagi pekerja mahir dan profesional, semua
politeknik di Malaysia akan disusun semula untuk
menawarkan kursus di peringkat diploma dan
ijazah serta mengurangkan secara berperingkat
kursus di peringkat sijil menjelang akhir tempoh
Rancangan. Politeknik akan meningkatkan
pengkhususan dalam bidang tertentu untuk
menjadi pusat kecemerlangan. Tiga politeknik
sedia ada akan dinaik taraf kepada politeknik
premier bagi melaksanakan penyelidikan gunaan
melalui kerjasama dengan industri berkaitan untuk
memupuk inovasi dan membangunkan teknologi
tempatan dalam bidang baru.
Kurikulum institusi pendidikan tertiari
perlu memberi lebih penekanan terhadap
pembangunan soft skills pelajar selaras dengan
maklum balas yang diterima daripada majikan.
Atribut Umum Pelajar yang kini dikenali sebagai
Skala Soft Skills Malaysia (My3S) merupakan
ujian penilaian kendiri untuk menilai kompetensi
siswazah dalam soft skills. Ujian ini akan dilaksana
mulai Julai 2010.
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan terus
memainkan peranan penting dalam pelaksanaan
MQF sebagai asas jaminan kualiti pengajian tinggi
dan pusat rujukan kriteria dan piawaian kelayakan
nasional. MQA akan memperluas kerjasama
dengan agensi jaminan kualiti luar negara melalui
pemeteraian Memorandum of Arrangement
sebagai usaha menetapkan tanda aras yang 234
piawai dan membantu meningkatkan keupayaan
anggotanya.
Melantik dan Mengekalkan Staf
Akademik yang Terbaik
Usaha akan dipergiat untuk menambah bilangan
staf akademik berkelayakan PhD. Peratusan staf
akademik berkelulusan PhD di semua universiti
awam pada tahun 2009 adalah 35.9%. Menjelang
akhir tempoh Rancangan, staf akademik
berkelayakan PhD di universiti penyelidikan
disasarkan sebanyak 75%, manakala universiti
awam lain 60%. Bagi mencapai sasaran ini,
program MyBrain15 menetapkan matlamat untuk
meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada
18,000 pada tahun 2015 dan 60,000 pada
tahun 2023. Program ini akan menyediakan lebih
ramai calon untuk dilantik sebagai staf akademik.
Sejumlah RM2.26 bilion akan diperuntukkan
bagi menyediakan biasiswa kepada 16,800 staf
akademik melanjutkan pengajian di peringkat PhD.
Proses pelantikan staf akademik juga akan
diperhalusi dan dijadikan lebih telus untuk menarik
calon terbaik. Ganjaran akan dijadikan lebih
kompetitif supaya setanding dengan faedah yang
ditawarkan oleh sektor swasta serta menyediakan
manfaat bukan kewangan seperti waktu mengajar
yang fleksibel.
Sokongan kemajuan kerjaya staf akademik
akan diberi keutamaan. Modul latihan asas akan
diwajibkan kepada semua staf akademik baru.
Bagi memastikan mereka mendapat panduan dan
sokongan yang mencukupi pada awal kerjaya, staf
akademik baru akan diletakkan di bawah seliaan
staf akademik kanan yang bertanggungjawab
membimbing dan memberi nasihat kemajuan
kerjaya secara berkala. Di samping itu, dalam
tempoh tiga tahun pertama sebagai staf akademik,
tugas mengajar akan dikurangkan untuk
membolehkan mereka membangunkan portfolio
penyelidikan yang mantap dan memperoleh geran
daripada sumber luar.
Sebagai usaha penambahbaikan kualiti staf
akademik, mereka yang telah bersara dan
pensyarah luar negara akan digalakkan untuk
berkhidmat di universiti awam secara kontrak.
Pensyarah sambilan dan pensyarah pelawat
terutama daripada industri juga akan digalakkan
untuk mengajar di universiti awam. Bagi tujuan
ini, pakej ganjaran yang lebih menarik dan
kompetitif telah disediakan. Di samping itu,
skim perkhidmatan pensyarah akan disemak
semula untuk membolehkan mereka dinaikkan
pangkat ke gred yang lebih tinggi dalam skim
perkhidmatan yang sama tanpa perlu memegang
jawatan pentadbiran seperti dekan atau ketua
jabatan.235
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
MENYUSUN SEMULA PASARAN PEKERJAAN
UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA
BERPENDAPATAN TINGGI
Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara
berpendapatan tinggi akan dicapai, antara
lain, melalui pewujudan pasaran pekerjaan
yang efisien untuk membangunkan, menarik
dan mengekalkan modal insan berkepakaran.
Kekurangan kemahiran yang diperlukan akan
menghalang transformasi negara kepada
ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan
pengetahuan dan inovasi. Usaha penyusunan
semula dan pengukuhan pasaran pekerjaan perlu
untuk memastikan kecekapan pemadanan antara
permintaan dengan penawaran, meningkatkan
keupayaan mengekalkan modal insan terbaik
serta memperkukuh daya tarikan Malaysia kepada
pakar asing dan diaspora Malaysia.
Kepelbagaian tenaga kerja Malaysia terus
kekal sebagai aset negara. Rakyat Malaysia
mempunyai silang budaya yang kukuh dan
mudah menyesuaikan diri. Sikap keterbukaan
dan keupayaan menguasai pelbagai bahasa
membolehkan modal insan negara mewujudkan
rangkaian yang kukuh di peringkat serantau dan
global.
Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan komited
untuk memperbaharui pasaran pekerjaan dengan
penekanan khusus ke atas peningkatan mobiliti
pekerja dan peningkatan kemahiran tenaga kerja
semasa, terutama dalam kalangan isi rumah
40% terendah. Pembaharuan pasaran pekerjaan
adalah penting bagi menyedia landasan kepada
negara untuk terus berkembang ke arah ekonomi
berpendapatan tinggi. Tumpuan pembaharuan
akan diberi kepada tiga bidang utama:
• Menjadikan pasaran pekerjaan lebih fleksibel;
• Mempertingkat kemahiran dan keupayaan
tenaga kerja sedia ada; dan
• Memperkukuh keupayaan Malaysia menarik
dan mengekalkan modal insan terbaik.
Menjadikan Pasaran
Pekerjaan Lebih Fleksibel
Sistem pasaran pekerjaan yang cekap
merupakan faktor penting dalam mengurangkan
kos menjalankan perniagaan, mempengaruhi
iklim pelaburan dan mewujudkan lebih peluang
pekerjaan. Berdasarkan laporan Doing
Business 2008 oleh Bank Dunia, Malaysia
menduduki tangga ke-43 dalam aspek
pemudahan penggajian pekerja. Di samping
itu, kebergantungan yang tinggi terhadap
pekerja asing tidak mahir bergaji rendah telah
mengurangkan kadar upah dan melambatkan
syarikat beralih kepada aktiviti bernilai tambah
yang tinggi, serta menyumbang kepada
pengaliran keluar berterusan modal insan
tempatan.236
Mengkaji Semula Rangka Kerja
Perundangan dan Institusi bagi
Menyediakan Kaedah Penggajian
dan Pemecatan yang Fleksibel
Dalam tempoh Rancangan, usaha akan
diambil untuk mengkaji semula undang-
undang perburuhan supaya selaras dengan
ekonomi berasaskan pengetahuan dan cabaran
globalisasi. Kajian semula ini akan memastikan
hubungan industri kekal relevan dengan
persekitaran semasa perniagaan, mengimbangi
kestabilan sosial serta memudahkan mobiliti
tenaga kerja.
Kerajaan akan mengambil langkah untuk
meningkatkan kecekapan penyelesaian pertikaian
pekerja di Malaysia. Dalam kes lebihan pekerja, kos
pemecatan pekerja di Malaysia secara relatifnya
lebih tinggi berbanding negara Asia Tenggara yang
lain. Secara purata, majikan di negara ini perlu
membayar pampasan sehingga 75 minggu gaji
kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 20
tahun semasa penamatan kontrak, berbanding
hanya 56 minggu di Thailand dan empat minggu
di Singapura. Di samping itu, masa yang panjang
diambil untuk menyelesaikan pertikaian kerja.
Sehubungan ini, undang-undang perburuhan
akan dikaji semula dalam tempoh Rancangan
bagi mengoptimumkan keseimbangan antara
fleksibiliti pasaran pekerjaan dengan kestabilan
pekerjaan serta mempercepat penyelesaian
pertikaian pekerja.
Bilangan pekerja yang diberhentikan meningkat
akibat daripada perubahan struktur ekonomi
negara dan pendedahan kepada kejutan luaran.
Jumlah pemberhentian pekerja yang meningkat
mewujudkan keperluan bagi penyediaan jaringan
keselamatan sosial untuk membantu mereka.
Jaringan keselamatan sosial juga memberi
fleksibiliti kepada syarikat untuk mengurus tenaga
kerja ketika dalam kesukaran. Tabung Bantuan
Kehilangan Pekerjaan akan diperkenalkan
bagi menyediakan bantuan kewangan kepada
pekerja yang diberhentikan dan tidak mendapat
pampasan sewajarnya daripada pihak
majikan semasa pemberhentian. Pekerja yang
diberhentikan dan layak menerima bantuan akan
diberi RM600 sebulan bagi tempoh maksimum
enam bulan, dengan syarat mereka masih belum
mendapat pekerjaan dalam tempoh tersebut.
Sebanyak RM80 juta akan diperuntukkan kepada
Tabung ini dalam tempoh 2010-2012.
Memperkukuh Perkhidmatan
Pekerjaan bagi Meningkatkan
Mobiliti Pekerja
Komponen penting bagi pasaran pekerjaan yang
fleksibel adalah keupayaan membuat pemadanan
pekerjaan secara efektif untuk menyelesaikan 237
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
ketidakpadanan penawaran dan permintaan
tenaga kerja. Terdapat peluang yang besar untuk
mewujudkan kerjasama industri dan perkongsian
awam-swasta ke arah mengukuhkan perkhidmatan
pekerjaan kepada tenaga kerja Malaysia bagi
menghapuskan herotan dalam pasaran pekerjaan.
Kerajaan akan mengukuh dan memodenkan
perkhidmatan pekerjaan awam melalui
penaiktarafan pusat pekerjaan awam sedia ada.
Langkah ini akan meningkatkan penyampaian
khidmat nasihat kerjaya, menyedia perkhidmatan
pemadanan dan penempatan yang dipacu oleh
industri, dan melaksanakan program pendidikan
atau jangkauan komuniti yang berterusan mengenai
arah aliran pekerjaan dan kerjaya. Pencari kerja
dan masyarakat akan dimaklumkan tentang
peluang pekerjaan yang wujud dan potensi laluan
kerjaya. Majikan akan mendapat faedah daripada
akses kepada platfom tambahan bagi memenuhi
keperluan pekerja mereka. Bagi mencapai matlamat
ini, pusat pekerjaan awam yang berkesan dan
cekap yang dikendali secara bersama oleh sektor
awam dan swasta perlu diwujudkan.
Memperbaharui Dasar Pekerja
Asing Tidak Mahir
Pekerja asing tidak mahir telah meningkat lebih
dua kali ganda semenjak tahun 2000 kepada
1.9 juta orang, seperti ditunjukkan dalam Carta
5-9. Kebanjiran pekerja asing tidak mahir berkos
rendah telah melambatkan pelaburan dalam
mekanisasi dan inovasi, terutama dalam sektor
pertanian dan pembuatan, dan seterusnya
mengurangkan pertumbuhan produktiviti dan
menjejaskan aspirasi negara untuk beralih kepada
ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Sektor
yang sangat bergantung kepada pekerja asing
tidak mahir mempunyai produktiviti yang rendah,
seperti ditunjukkan dalam Carta 5-10.
Kebergantungan kepada pekerja asing tidak
mahir akan dikurangkan secara berperingkat.
Walau bagaimanapun, sektor yang menghadapi
kekurangan tenaga kerja, seperti pembinaan dan
perladangan akan dibenarkan menggaji pekerja
asing berdasarkan keperluan. Langkah akan
diambil untuk memastikan majikan menambah
baik persekitaran kerja dan kebajikan pekerja
termasuk penyediaan perumahan dan
kemudahan asas.
Sistem levi multi-tier akan dilaksana ke atas multi-tier akan dilaksana ke atas multi-tier
majikan yang mengambil perkerja asing tidak
mahir. Melalui sistem ini, syarikat akan terdorong
untuk meningkatkan kemahiran pekerja mereka
atau menggaji pekerja asing yang berkemahiran
tinggi. Sehubungan ini, penggajian pekerja asing
akan dapat diurus dengan lebih baik berikutan kos
penggajian pekerja asing berkemahiran hampir
sama dengan menggaji pekerja tempatan.238
Carta 5-9
Carta 5-10
Peningkatan ketara bilangan pekerja asing di
Malaysia sejak sedekad yang lalu
1 Merangkumi sektor perladangan
SUMBER: Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Dalam Negeri
500
2,500
2,000
1,500
1,000
0
16.7%
2009
1,918
2008
2,063
2007
2,045
2006
1,869
2005
1,815
2004
1,470
2003
1,337
2002
1,068
2001
850
2000
807
1999
410
Kadar Pertumbuhan
Tahunan Purata,
2000-2009, %
Bilangan pekerja asing mengikut sektor (‘000)
Pembantu rumah
Pembinaan
Pembuatan
Perkhidmatan
Pertanian1
21.0
18.7
19.8
15.6
10.3
Sektor yang sangat bergantung kepada pekerja asing
tidak mahir mempunyai produktiviti yang rendah
1 Terdapat 42,500 pekerja dalam sektor perlombangan, semuanya adalah pekerja tempatan
SUMBER: Unit Perancang Ekonomi dan Laporan Produktiviti 2008, Perbadanan Produktiviti Malaysia
Lain-lain
Perkhid-
matan
Kewang-
an
Perda-
gangan
Pem-
buatan
Perta-
nian
Pem-
bina-
an
Perlom-
bongan
Utiliti Pengang-
kutan
Taburan pekerja mengikut sektor dan
warganegara1
Juta pekerja, 2009
Tahap produktiviti1 dan pertumbuhan mengikut
sektor ekonomi
RM’000, 2008
Pem-
binaan
Pembua-
tan
Pekerja
tempatan
Perkhid-
matan
Pekerja
asing
Perta-
nian
Sektor dengan
produktiviti rendah
6.5
6.0
0.5
3.5
3.0
2.5
21%
3.2
61%
39%
0.8
93%
7%
6.2
0
1.0
1.5 1.4
36 %
2.0
64%
79%
950
50
200
0
100
1,000
150
27
124
40
71
163
975
21
57
26239
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
Sistem levi baru ini bertujuan mengawal kemasukan
pekerja asing tidak mahir kerana levi akan dibayar
oleh majikan dan bukannya pekerja. Penetapan
kadar levi adalah berasaskan kepada tiga prinsip,
iaitu bayaran levi berkadar langsung dengan nisbah
pekerja asing kepada jumlah pekerja, kadar akan
meningkat setiap tahun, dan berbeza mengikut
tahap kemahiran pekerja asing.
Meningkatkan Penyertaan Tenaga
Kerja
Arah aliran isi rumah dengan dua sumber
pendapatan meningkatkan keperluan terhadap
kaedah bekerja yang lebih fleksibel. Sehubungan
ini, Kerajaan akan memperkenal Peraturan
Kerja Separa Masa di bawah Akta Kerja 1955
dalam tempoh Rancangan. Inisiatif ini bertujuan
menggalakkan penyertaan lebih besar dalam
kalangan penduduk yang berada di luar tenaga
kerja seperti suri rumah, pesara dan orang
kurang upaya. Kaedah bekerja dari rumah,
teleworking, dan separa masa atau masa anjal
akan digalakkan. Di samping itu, penyertaan
tenaga kerja tempatan dapat ditingkatkan dengan
memanfaatkan sepenuhnya golongan wanita di
luar tenaga kerja. Oleh itu, langkah akan diambil
untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita
dalam tenaga kerja daripada 46% pada tahun
2010 kepada 55% pada tahun 2015.
Jangka hayat rakyat Malaysia kini setara dengan
negara maju. Pelaksanaan dasar dan amalan
bekerja secara fleksibel dan separa masa akan
menggalakkan rakyat Malaysia yang bersara untuk
terus menyumbang kepada ekonomi, terutama
dalam sektor dan pekerjaan yang memerlukan
kepakaran mereka.
Meningkatkan Kemahiran
dan Keupayaan Tenaga
Kerja Sedia Ada
Pada masa ini, hanya 28% daripada jumlah
tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam pekerjaan
berkemahiran tinggi. Peratusan ini menunjukkan
sebahagian besar tenaga kerja mempunyai tahap
pencapaian akademik yang rendah. Peningkatan
kemahiran dan latihan semula tenaga kerja sedia
ada amat diperlukan ke arah meningkatkan
ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi.
Kerajaan menyasarkan 33% tenaga kerja dalam
kategori pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang
tahun 2015, dan 50% menjelang tahun 2020.
Pencapaian matlamat ini memerlukan penglibatan
yang lebih besar daripada sektor swasta. 240
Menggalakkan Perkongsian Kos
Latihan
Liputan Perbadanan Tabung Pembangunan
Kemahiran akan diperluaskan untuk
menggalakkan peningkatan kemahiran dan
latihan semula tenaga kerja. Tabung ini akan
memperluas bantuan kewangan daripada
lepasan sekolah kepada pekerja. Menyedari
bahawa tidak semua pekerja mampu untuk
membiayai latihan, pinjaman pada kadar faedah
yang rendah akan disediakan oleh Tabung
ini untuk membiayai kos latihan peningkatan
kemahiran. Sebanyak RM500 juta akan
diperuntukkan untuk menyediakan pinjaman
kepada pekerja, dan jumlah yang sama juga
disediakan kepada lepasan sekolah.
Enterpris kecil dan sederhana (EKS) memainkan
peranan penting dalam memacu pertumbuhan
ekonomi. Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia (SME Corp.) akan membantu
dalam pembangunan EKS yang berkeupayaan
dan berdaya tahan serta mampu bersaing
di pasaran global. Di samping menyediakan
kemudahan infrastruktur, bantuan kewangan,
khidmat nasihat, akses kepada pasaran dan
program sokongan yang lain, SME Corp. akan
terus melaksanakan Program Peningkatan
Kemahiran. Program ini bertujuan meningkatkan
kemahiran dan keupayaan pekerja EKS di
peringkat teknikal, penyeliaan dan pengurusan
terutama dalam bidang kejuruteraan elektrikal
dan elektronik, teknologi maklumat serta reka
bentuk industri. Di bawah program ini, SME Corp.
akan membiayai 80% daripada kos latihan yang
ditanggung oleh majikan untuk melatih pekerja
mereka di pusat latihan bertauliah.
Perkongsian kos latihan akan dipergiatkan
melalui peluasan liputan Tabung Pembangunan 241
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
Sumber Manusia Berhad daripada 44 kepada 70
subsektor. Tabung ini adalah kumpulan wang yang
disumbangkan melalui levi oleh majikan untuk
melatih semula dan meningkatkan kemahiran
pekerja mereka. Dalam tempoh Rancangan,
sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan bagi
meneruskan pembiayaan geran sepadan untuk
latihan dan peningkatan kemahiran pekerja EKS.
Di samping itu, RM50 juta akan diperuntukkan
untuk membiayai program perantisan yang
melibatkan lebih 8,000 perantis. Peruntukan ini
akan digunakan bagi membiayai elaun perantis
dan yuran latihan vokasional.
Kerajaan menggalakkan semua peringkat tenaga
kerja untuk terus meningkatkan kelayakan dan
keupayaan ke peringkat lebih tinggi. Dalam
tempoh Rancangan, program akan diperkenal
bagi menggalakkan penyertaan industri
supaya bersama menaja pekerja mereka
untuk melanjutkan pengajian ke program PhD
perindustrian. Program ini akan melibatkan
latihan dan penyelidikan projek berkaitan dengan
pekerjaan serta berfokus kepada keperluan industri.
Program ini akan dilaksana secara bersama
oleh syarikat dengan universiti. Pendekatan ini
akan menggalakkan inovasi dan perkongsian
pengetahuan yang dapat menyumbang kepada
pertumbuhan dan pembangunan enterpris,
menjana pengetahuan baru di universiti, dan
menggalakkan penyelidikan yang berkaitan
dengan industri dalam negara. Bagi tujuan ini,
sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan.
Di samping itu, Kerajaan akan meneruskan
pelaksanaan program di bawah pakej rangsangan
ekonomi 2009 dengan menyediakan peruntukan
bagi membiayai sebahagian daripada kos
pengajian di peringkat PhD di universiti tempatan.
Sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan dalam
tempoh Rancangan yang akan memanfaatkan
5,000 pelajar PhD.
Menggerakkan Industri bagi
Meningkatkan Kemahiran Tenaga
Kerja
Penyediaan latihan secara langsung oleh
syarikat dalam industri tertentu akan memastikan
kandungan latihan menepati keperluan industri.
Bagi tujuan ini, latihan vokasional akan diselaras
dan diterajui oleh sektor swasta. Kerajaan akan
mempergiat dan menggalakkan sektor swasta
untuk membangunkan program latihan dalaman
yang diiktiraf dan memperluas program tersebut
dengan menyediakan latihan kepada pelatih yang
bukan hanya terdiri daripada pekerja mereka
bagi memenuhi keperluan industri. Kerajaan juga
akan melaksanakan pendekatan pembiayaan
tempat latihan bagi program latihan dalam
bidang kemahiran khusus untuk sektor yang
diberi keutamaan. Kursus ini akan dipersijilkan 242
sama ada di bawah Sistem Persijilan Kemahiran
Malaysia atau badan persijilan antarabangsa.
Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian
(INSEP) merupakan program latihan untuk
meningkatkan kebolehpasaran siswazah
dalam bidang seperti kejuruteraan, ICT dan
pengurusan. Program bridging ini dilaksanakan
oleh 11 pusat pembangunan kemahiran negeri
dengan kerjasama majikan. Tujuan program ini
adalah untuk menyediakan siswazah yang baru
tamat pengajian dengan kemahiran khusus dan
kompetensi yang sesuai dengan keperluan industri
untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Kerjasama dalam pembangunan kerjaya dan
bimbingan antara universiti dan industri akan
digalakkan. Skim Pengurusan Kebolehpasaran
Siswazah (GEMS) yang diuruskan oleh
Jawatankuasa Syarikat Berkaitan Kerajaan
Berprestasi Tinggi Putrajaya akan terus
dilaksana dan diperluaskan bagi meningkatkan
kebolehpasaran siswazah yang menganggur.
Inisiatif ini bertujuan memudahkan pemadanan
antara siswazah dengan majikan, melengkapkan
siswazah dengan pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang menepati keperluan industri dan
jawatan yang disasarkan, dan meningkatkan
asimilasi serta integrasi siswazah dengan tempat
kerja. Selain daripada syarikat berkaitan Kerajaan,
program ini juga disertai oleh EKS, agensi
Kerajaan dan syarikat swasta. Sejak inisiatif ini
dimulakan pada bulan Mac 2009, GEMS telah
berjaya melatih 5,000 siswazah.
Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
(RPL) bertujuan mengiktiraf pengalaman terdahulu
dan kepakaran pekerja, serta menggalak dan
memberi ganjaran terhadap pembelajaran
sepanjang hayat dalam kalangan tenaga kerja
akan diperluas. Program ini akan meningkatkan
dengan ketara prospek kemajuan kerjaya 243
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
tenaga kerja dengan menganugerahkan SKM
kepada pekerja yang memperoleh pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran di tempat kerja tetapi
tidak mempunyai latihan formal. Program ini
dijangka memberi manfaat kepada lebih 60,000
pekerja setahun. Bantuan kewangan kepada
pekerja untuk menjalani latihan bagi melayakkan
mereka menerima SKM akan mula dilaksana pada
tahun 2011. Di samping itu, bank kredit kemahiran
akan ditubuhkan oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran untuk menyediakan pangkalan data
bagi merekod latihan dan mempermudah persijilan
tenaga kerja mahir.
Menaik Taraf dan Memperluas
Akses kepada Kolej Komuniti
Sistem kolej komuniti di Malaysia menyediakan
pendidikan lepasan menengah dalam pelbagai
kursus teknikal dan vokasional mengikut
Kerangka Kelayakan Malaysia. Kolej komuniti
di seluruh negara yang berjumlah 59 buah
memainkan peranan penting untuk menyediakan
latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula
kepada masyarakat dalam pelbagai disiplin. Kolej
ini juga menggalak pembelajaran sepanjang
hayat kepada semua lapisan masyarakat dan
kumpulan umur.
Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan
memperkenal pendekatan yang lebih inovatif
bagi kolej komuniti melalui pelaksanaan program
modular yang membolehkan pelajar mengikuti
pelbagai modul jangka pendek berasaskan
keupayaan mereka. Modul boleh digabung
untuk melayakkan pelajar dianugerahkan SKM.
Hampir 70% daripada kandungan modul ini akan
dilaksana secara latihan praktikal di industri atau
di tempat kerja. Secara khususnya, program
ini akan menyediakan peluang peningkatan
kemahiran kepada pelajar yang cenderung
kepada bidang teknikal atau vokasional tetapi
tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan
asas. Pendekatan modular yang lebih fleksibel
ini akan menawarkan 135 kursus yang berlainan
menjelang tahun 2015 berbanding dengan 52
pada tahun 2010. Sasaran jumlah enrolmen
kolej komuniti akan meningkat daripada 31,000
pelajar pada tahun 2010 kepada 120,000 pelajar
menjelang tahun 2014.244
Menarik dan Mengekalkan
Modal Insan Berkepakaran
Globalisasi telah meningkatkan mobiliti modal
insan berkepakaran ke negara perindustrian
yang didorong oleh upah, suasana pekerjaan
dan kualiti hidup yang lebih baik. Modal insan
berkepakaran tinggi berupaya menyesuaikan diri
di pelbagai suasana pekerjaan di seluruh pelusuk
dunia. Terdapat banyak persaingan untuk menarik
dan mengekalkan modal insan berkepakaran
tinggi ini. Usaha bersepadu akan diambil untuk
meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai
destinasi modal insan berkepakaran tinggi bagi
warga tempatan dan asing. Malaysia juga akan
secara aktif berusaha mendapatkan modal insan
berkepakaran yang kritikal untuk negara.
Mempermudah Prosedur dan
Menyedia Insentif Lebih Baik
untuk Menarik Modal Insan Asing
Berkepakaran
Kerajaan akan menambah baik prosedur semasa
penggajian modal insan berkepakaran dari
luar negara dengan mengurangkan kesulitan,
peringkat pemprosesan dan bilangan agensi
penguatkuasaan. Penambahbaikan ini bertujuan
memudahkan prosedur pengeluaran permit kerja
supaya lebih liberal selaras dengan amalan negara
berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, amalan
semasa akan dikaji semula dan diselaraskan.
Insentif dan suasana pekerjaan akan ditambah
baik sebagai langkah meningkatkan lagi daya
tarikan kepada modal insan asing berkepakaran.
Langkah ini termasuk membenarkan modal
insan asing berkepakaran bertukar kerja dengan
persetujuan majikan yang didaftarkan, membawa
pembantu rumah asing serta memberi kebenaran
kepada pasangan untuk bekerja walaupun masih
memegang pas tanggungan.
Bagi meningkatkan fleksibiliti dan mobiliti
modal insan asing berkepakaran, had masa
visa pekerjaan akan dimansuhkan kepada
mereka yang berpendapatan melebihi RM8,000
sebulan. Visa terbuka akan dikeluarkan kepada
profesional asing yang berkemahiran tinggi
tanpa dikaitkan atau disyaratkan bekerja
dengan syarikat atau majikan tertentu. Mereka
juga dibenarkan membeli unit kediaman yang
berharga RM250,000 dan ke atas.
Malaysia amat memerlukan peningkatan
kemasukan modal insan asing berkepakaran
dalam sektor perkhidmatan profesional
untuk menampung kekurangan modal insan
tempatan. Sehingga kini, Pertubuhan Negara-
negara Asia Tenggara (ASEAN) telah memeterai
Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi pengamal 245
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
kejuruteraan, kejururawatan, seni bina, perubatan
dan pergigian. Manakala, Rangka Kerja ASEAN
Mengenai Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi
pengamal ukur bahan dan perakaunan telah
ditandatangani. Usaha akan dilaksana dengan
mengambil kira objektif bagi mempermudah
mobiliti golongan profesional ASEAN. Menjelang
tahun 2015, di bawah Perjanjian Rangka Kerja
ASEAN bagi Perkhidmatan (AFAS), Malaysia
bersama negara anggota ASEAN yang lain
akan meliberalisasi kemasukan golongan
profesional. Pembangunan industri perkhidmatan
di Malaysia dapat dipertingkatkan sekiranya
Malaysia berupaya menarik lebih ramai modal
insan berkepakaran dalam sektor perkhidmatan
profesional dari negara ASEAN yang lain.
Menjadikan Bandar Lebih Menarik
kepada Modal Insan Berkepakaran
Kualiti hidup sesebuah bandar merupakan faktor
utama bagi modal insan berkepakaran di peringkat
global memilih destinasi untuk tinggal dan
bekerja. Kuala Lumpur merupakan bandar ke-11
di Asia yang selesa untuk didiami, dan berpotensi
untuk menjadi antara lima bandar terbaik.
Secara umumnya, Kuala Lumpur berada dalam
kedudukan istimewa sebagai bandar raya yang
sangat selesa dan kosmopolitan yang merupakan
mikrokosma kepada Asia. Bagi menarik modal
insan berkemahiran dari luar negara, Kuala Lumpur
akan digambarkan sebagai sebuah bandar raya
bagi mereka yang mengutamakan kualiti dan
kepelbagaian gaya hidup, bercirikan alam semula
jadi, kaya dengan budaya, dan metropolis moden
dengan infrastruktur canggih.
Di samping itu, usaha bersepadu akan dilaksana
untuk menjadikan bandar raya lain seperti
Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota
Kinabalu lebih menarik dan selesa untuk didiami.
Inisiatif yang akan dilaksana di bandar raya
tersebut termasuk peluasan ruang terbuka seperti
taman, dataran awam dan laluan pejalan kaki,
memulihkan waterfronts dan memperindah lokasi
kesenian dan kebudayaan serta meningkatkan
tahap keselamatan, kecekapan pengangkutan
dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Mewujudkan Kesinambungan
Pembangunan Modal Insan
Berkepakaran untuk Masa
Hadapan
Walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi
menarik modal insan berkemahiran dari luar
negara, mereka yang masih berada dalam sistem
pendidikan belum dimanfaatkan sepenuhnya.
Pelajar asing yang belajar di universiti tempatan,
terutama dalam bidang kritikal merupakan
potensi sumber modal insan berkemahiran. Bagi
mengekalkan pelajar ini, prosedur sedia ada yang 246
mewajibkan mereka kembali ke negara asal
sebaik sahaja tamat pengajian akan dikaji
semula bagi memudahkan mereka bekerja di
Malaysia, terutama dalam pekerjaan kritikal
yang terpilih.
Biasiswa akan diberi kepada pelajar terbaik
dari seluruh dunia untuk melanjutkan
pengajian di peringkat pasca siswazah dan
pasca kedoktoran di Malaysia dalam bidang
kritikal yang spesifik selaras dengan keperluan
negara. Sebaik menamatkan pengajian,
mereka akan diberi peluang untuk bekerja di
Malaysia. Mereka yang memilih untuk tinggal
dan bekerja di Malaysia akan meningkatkan
bilangan modal insan berkepakaran.
Dalam tempoh Rancangan, 5% daripada
pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
akan disediakan biasiswa untuk melanjutkan
pengajian di universiti tempatan setiap
tahun. Kerajaan juga akan mengenal pasti
pelajar terbaik Malaysia yang sedang belajar
di universiti terbaik di luar negara dan akan
menyediakan biasiswa bagi membiayai yuran
pengajian tahun akhir dengan syarat mereka
kembali ke tanah air. Di samping itu, langkah
akan diambil untuk memastikan rakyat
Malaysia yang belajar di luar negara dengan
biasiswa kembali ke Malaysia sebaik sahaja
menamatkan pengajian mereka.
Penglibatan Diaspora Rakyat
Malaysia
Kepelbagaian dan saiz komuniti rakyat
Malaysia di luar negara adalah aset unik
yang boleh dimanfaatkan untuk melonjakkan
Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan
tinggi. Dianggarkan lebih daripada 700,000
rakyat Malaysia bekerja dan tinggal di luar
negara, kebanyakan daripada mereka
adalah profesional berkemahiran tinggi.
Kerajaan akan mengambil usaha yang
tekal untuk mengenal pasti rakyat Malaysia
yang berbakat di luar negara, untuk terlibat
dengan mereka dan mendorong mereka
menyumbang kepada negara melalui
tindakan berikut:
• Mengekalkan hubungan. Diaspora
Malaysia akan dilibatkan secara aktif
dalam membina dan memperkukuh
hubungan mereka dengan Malaysia.
Kerajaan secara aktif akan mengenal
pasti, mempertemu dan membentuk
jaringan. Pangkalan data diaspora
yang lengkap mengandungi maklumat
seperti pakar dalam sektor ekonomi
utama dan latar belakang kemahiran
akan diwujudkan dan diselenggara
supaya mereka dilibatkan dalam bidang
bersesuaian; 247
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
• Mengesah dan mengiktiraf sumbangan.
Anugerah dan acara yang bersesuaian akan
diwujudkan untuk mengiktiraf dan meraikan
pencapaian penting ahli komuniti diaspora
Malaysia. Di samping itu, persatuan diaspora
Malaysia akan diwujudkan bagi menyediakan
peluang rangkaian melalui saluran atas talian
dan pertemuan bersemuka di bandar raya
yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia di luar
negara untuk menyediakan aktiviti dan peluang
yang lebih besar untuk mereka menyumbang
kepada negara;
• Mendapatkan idea dan nasihat. Dialog
berkala akan diwujudkan antara wakil Kerajaan
dengan diaspora Malaysia di bandar raya utama
yang membolehkan ahli diaspora bertukar
idea dan memberi input untuk penggubalan
dasar terutamanya yang berkaitan teknologi
dan perindustrian. Di samping itu, diaspora
Malaysia terkemuka akan diiktiraf sebagai
autoriti dalam bidang tertentu seperti sektor
ekonomi yang utama. Mereka ini akan dirujuk
dan ditawarkan untuk menganggotai lembaga
penasihat; dan
• Sumber pelaburan modal. Kerajaan akan
menggalak diaspora Malaysia untuk melabur
di Malaysia. Mengambil kira kepakaran
mereka, diaspora akan ditawar untuk melabur
dalam projek khusus dengan kerjasama entiti
perniagaan tempatan atau agensi sektor awam
melalui usaha sama.
Menubuhkan Talent Corporation
bagi Membekalkan Negara dengan
Modal Insan Berkepakaran yang
Diperlukan
Usaha menarik pelaburan telah dijalankan
oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia
dengan jayanya, tetapi tiada agensi yang
bertanggungjawab dalam menarik modal
insan berkepakaran yang bertaraf dunia bagi
merapatkan jurang kemahiran serta membekalkan
modal insan yang sangat diperlukan dari dalam
dan luar negara. Oleh itu, Talent Corporation (TC)
akan ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah
Jabatan Perdana Menteri dengan mandat
untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan
modal insan berkemahiran yang diperlukan bagi
mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.
TC akan mempunyai tiga peranan utama:
• Sebagai pemangkin. TC akan meneraju
dan memacu inisiatif dalam usaha untuk
menarik dan membangunkan modal
insan berkepakaran bertaraf dunia melalui
pengurusan modal insan berkepakaran
kebangsaan dengan kerjasama sektor
awam dan swasta. Inisiatif ini merangkumi
usaha untuk melibatkan diaspora Malaysia, 248
mengenal pasti dan mengumpul modal
insan berkepakaran yang berpotensi,
dan mencungkil bakat dan mempergiat
pembangunan pemimpin pelapis;
• Sebagai pemudah cara. TC akan
membantu industri dan sektor swasta
dalam mewujud, memotivasi dan
mengekalkan modal insan berkemahiran.
Pihak berkepentingan dari pelbagai agensi
dan syarikat akan diketemukan untuk
mewujudkan keselarasan dan koordinasi
kukuh kepada pengurusan modal insan
berkepakaran kebangsaaan. Di samping
itu, peranan ini akan dilengkapkan melalui
penyediaan insentif dan sokongan untuk
menghubung dan mengagih modal insan
berkepakaran; dan
• Sebagai penyampai. TC akan
bertanggungjawab memastikan inisiatif
utama negara tentang pembangunan
modal insan di semua peringkat
dilaksanakan bagi membangunkan dan
mengekalkan modal insan berkepakaran
di Malaysia dan merapatkan jurang yang
besar serta menangani halangan dalam
pembangunan modal insan berkepakaran.
TC juga akan bertanggungjawab terhadap
pelaksanaan program dan mengenal
pasti program dan menilai kesan inisiatif
utama pembangunan modal insan
berkepakaran.
Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran
Kebangsaan yang bersepadu akan
dibangunkan oleh TC dengan kerjasama
sektor awam dan swasta pada tahun 2011.
Rangka tindakan ini akan mengenal pasti
dan membuat unjuran keperluan modal insan
berkepakaran dalam sektor ekonomi utama
dari semasa ke semasa, dan membangunkan
inisiatif yang khusus bagi mempercepat
bekalan modal insan berkepakaran yang
kritikal. Rangka tindakan tersebut akan:
• Menyediakan analisis menyeluruh bagi
menangani isu modal insan berkepakaran
bermula daripada peringkat prasekolah
hingga persaraan, dan akan dipacu
oleh permintaan dengan kerjasama
industri bagi memastikan kesesuaiannya
dengan keperluan pasaran dan ekonomi
berasaskan pengetahuan; dan
• Mengandungi maklumat terperinci
mengenai keseluruhan peringkat
pembangunan modal insan bagi
memenuhi keperluan sektor yang diberi
keutamaan dan Bidang Ekonomi Utama
Negara (NKEAs), jurang permintaan
dan penawaran modal insan semasa 249
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
dan pada masa akan datang serta portfolio
inisiatif bersepadu untuk memastikan program
dilaksana dan ditadbir urus dengan berkesan.
Selaras dengan peningkatan persaingan modal
insan berkepakaran di peringkat global, langkah
yang proaktif diperlukan bukan sahaja untuk
menarik, malahan untuk mengenal pasti modal
insan asing yang berkemahiran. Pendekatan yang
akan diambil adalah sama seperti pendekatan
untuk menarik pelaburan langsung asing. TC
akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen
dan perwakilan Malaysia untuk merancang dan
melaksana strategi secara giat untuk menarik
modal insan asing dan diaspora Malaysia,
terutama mereka yang berkepakaran dalam
sektor ekonomi yang diberi keutamaan atau
bakal siswazah dari universiti terkemuka dunia.
Di samping usaha mengadakan roadshow
dan festival kerjaya, Kerajaan akan melatih,
mengenal pasti dan menarik modal insan asing
berkepakaran tinggi bagi memenuhi kekurangan
kemahiran dan pengetahuan tertentu di
Malaysia.
Program menarik dan mengekalkan modal insan
sedia ada seperti Program Menggalak Warga
Negara Malaysia yang Berkepakaran yang
Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia
dan Program Brain Gain akan digabungkan di
bawah TC dan diperkukuh untuk memastikan
penyelarasan yang lebih baik, lebih fokus dan
memberi impak yang lebih besar. Insentif di
bawah program ini akan dikaji semula dan
diperluas untuk menjadikannya lebih menarik
bagi kumpulan modal insan berkepakaran tinggi
yang disasarkan di luar negara.250
KESIMPULAN
Pembangunan modal insan merupakan
elemen asas dan kritikal dalam
mentransformasikan ekonomi Malaysia
daripada negara berpendapatan sederhana
kepada negara berpendapatan tinggi.
Untuk mencapai daya saing yang tinggi di
peringkat global dan ekonomi berasaskan
inovasi, pendekatan yang sistematik dan
menyeluruh untuk membangun, menarik
dan mengekalkan modal insan berkepakaran
tinggi negara diperlukan. Malaysia perlu
merapatkan jurang untuk mencapai modal
insan berkepakaran bertaraf dunia. Kerajaan
akan melaksanakan perubahan menyeluruh
di setiap tahap pembangunan modal insan
sepanjang kitaran hayat, iaitu daripada
menambah baik pendidikan awal kanak-
kanak sehingga peningkatan kemahiran
tenaga kerja sedia ada.
Pembangunan dan pengukuhan kualiti guru
akan diberi tumpuan untuk meningkatkan
pencapaian pelajar. Sekolah dan pengetua
akan dipertanggungjawab terhadap
pencapaian pelajar serta diberi lebih bantuan
dan autonomi sewajarnya. Dalam tempoh
Rancangan, lebih penekanan akan diberi
kepada latihan kemahiran bagi memastikan
negara dapat membentuk modal insan yang
memenuhi keperluan industri, meningkatkan
produktiviti dan rantaian nilai ekonomi yang
lebih tinggi. Pendidikan teknikal dan latihan
vokasional akan diarusperdanakan, dan
pendidikan tertiari akan dinaik taraf dengan
ketara melalui pemberian autonomi yang
lebih besar dan pengurusan berprestasi tinggi
dengan matlamat ke arah meningkatkan
kebolehpasaran siswazah dan mobiliti kerja.
Dalam tempoh Rancangan, sumber
akan ditumpukan kepada usaha untuk
membangun serta mengekalkan modal
insan terbaik bertaraf dunia. TC akan
ditubuhkan dengan mandat utama untuk
mengenal pasti dan membekal modal
insan berkepakaran tinggi yang amat
diperlukan oleh sektor ekonomi utama
bagi memastikan aspirasi negara tercapai.
Pada masa yang sama, usaha yang lebih
gigih diambil untuk memastikan akses yang
saksama kepada peluang meningkatkan
kemahiran dan menyokong golongan yang
amat memerlukan. Sehubungan ini, inisiatif
latihan kemahiran akan ditumpukan kepada
isi rumah 40% terendah serta program
penambahbaikan sekolah dan inisiatif
LINUS dilaksana bagi merapatkan jurang
pencapaian bagi pelajar yang ketinggalan
dalam pembelajaran dan meningkatkan
pencapaian sekolah berprestasi rendah.
Langkah ini akan memastikan setiap pelajar
di Malaysia boleh berjaya.251
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
Modal insan berkemahiran tinggi merupakan
asas terpenting bagi mencapai ekonomi
berpendapatan tinggi. Membangun dan
mengekalkan modal insan bertaraf dunia untuk
Malaysia amat memerlukan usaha yang tekal,
terselaras dan berfokus supaya kepelbagaian
dapat dimanfaatkan ke peringkat antarabangsa
serta untuk memupuk, menarik dan mengekalkan
modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia.

No comments:

About Westlands

Salam Sejahtera dan may you be well and happy.





Kod sekolah

PEB1114

Gred B

Alamat 3 Jalan Khaw Sim Bee

10400 Pulau Pinang



*Barisan Pentadbir*

Pengetua

Encik Loh Kok Kit

Penolong Kanan Pentadbiran

En. Shapiee B. Hashim

Penolong Kanan HEM

Encik Yeoh Teik See

Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Thirumamani a/l Sundaraj



Kaunselor: Encik Goh Nai Sin



Bilangan Guru Lelaki 22

Bilangan Guru Perempuan 25



Penyelaras PSS

Cik Ng Li See



Penyelaras ICT

Pn. Lim Fern Fern



Bilangan Makmal Komputer: 1

Bilangan Komputer di dalam makmal: 21